Tiada Motif Politik di Sebalik Siasatan DOJ ?

7:33 PM Unknown 0 Comments

Semasa 'Department of Justice' Amerika Syarikat mula-mula mengumumkan akan melakukan pendakwaan berhubung skandal 1MDB pada Julai 2016, beberapa individu di Malaysia terutamanya dari pihak pembangkang yang kerapkali membangkitkan isu ini menganggap ia merupakan satu kejayaan di pihak mereka apabila berjaya mengheret bersama 'polis dunia' untuk campur tangan dalam isu itu. 

Dari siaran berita yang dikeluarkan DOJ pada 20 Julai 2016, Peguam Negara Loretta E. Lynch mengumumkan pemfailan aduan perundangan sivil bagi menjejaki dan memulihkan aset 1MDB yang yang bernilai lebih kurang USD1 billion yang di'cuci' secara haram di negara itu. Pemfailan aduan adalah berikutan laporan yang dibuat kepada Kleptocracy Asset Recovery Intiative (KARI).

KARI adalah salah sub-unit DOJ, ditubuhkan pada 2010 bertujuan untuk membendung penggubahan wang secara haram di Amerika Syarikat. KARI bertindak berdasarkan aduan dan maklumat yang disalurkan kepada badan itu. Pengumuman yang dibuat oleh Loretta Lynch pada 20 Julai 2016 adalah berdasarkan maklumat yang diterima itu. Merujuk kepada garis masa isu 1MDB itu, kita boleh mengagak kumpulan yang bertanggungjawab membuat laporan itu. 

Aduan kepada KARI itu sebenarnya tidak menjadi isu, pihak DOJ dan FBI bebas menyiasat mana-mana aduan yang diterima. Namun ketelusan DOJ/FBI yang dipersoalkan semasa siasatan dilakukan pihak mereka. Disebabkan wang yang dikatakan milik kerajaan Malaysia digubah secara haram di negara itu, seharusnya wakil dari pihak kerajaan dan 1MDB sendiri turut dilibatkan dalam siasatan. Namun sehingga kini, tiada wakil pihak 1MDB dan kerajaan Malaysia dilibatkan dalam proses siasatan. 

Apabila pihak yang dikatakan 'kehilangan wang' iaitu 1MDB/kerajaan Malaysia tidak dipanggil dalam siasatan ia menimbulkan keraguan dalam hasil siasatan yang dilakukan dan menimbulkan persepsi samada pemfailan perundangan sivil yang dibuat pada 20 Julai 2016 adalah bermotifkan politik semata-mata ? Semasa ianya diumumkan, pelbagai aset dari pihak yang terlibat dikatakan akan dirampas dan pelbagai lagi tindakan akan dilakukan dalam masa yang terdekat. Namun sehingga ke hari ini, tiada apa-apa tindakan yang dibuat melainkan satu lagi pengumuman yang hampir serupa dibuat oleh DOJ baru-baru ini. 

Wakil pihak perundangan dari Singapura yang dikatakan turut menyiasat berkenaan hal ini berkata tiada apa-apa yang baru dari pengumaman yang dibuat oleh DOJ itu dan pihak Singapura tidak akan membuat apa-apa tindakan susulan dari penguman itu. Bagi Singapura, hal berkaitan penyalahgunaan dana 1MDB selesai selepas tindakan mendenda dan menutup operasi beberapa buah bank di negara itu dilakukan. Di pihak Malaysia sendiri, siasatan mengenai perkara itu masih berjalan walaupun setelah laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB dibentangkan pada April 2016. 


Persoalan mengenai samada pengumuman DOJ Amerika Syarika bermotif politk diperkuatkan baru-baru ini apabila khabar mengenai 'sumbangan' politik dari Malaysia (kem Mahathir) sebanyak USD 5 juta untuk kempen Hillary Clinton semasa pemilihan Presiden negara itu. Tiada penafian mengenai khabar angin sumbangan USD 5 juta oleh Syed Saddiq dalam satu kenyataan yang dibuat beliau selepas berita itu tersebar luas, sebaliknya individu yang menyebarkan perihal itu dikatakan menerima dedak UMNO. Lalu ramai yang bertanya apa kaitan 'sumbangan' politik terhadap Hillary dan siasatan yang dibuat oleh DOJ? Mereka ini mendakwa DOJ adalah badan bebas yang tidak dipengaruhi elemen-elemen politikal dalam melakukan siasatan. Benarkah ?


0 comments: