Benarkah GST Selamatkan Negara dari Terlungkup ?

10:53 PM Unknown 0 Comments

Perdana Menteri, DS Najib Razak dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016 di Kompleks Kementerian Kewangan hari ini (27 April 2017) berkata sekiranya GST tidak dilaksanakan sejak April 2015, ekonomi negara ini mungkin terlungkup dek kejatuhan harga petrol yang mendadak beberapa tahun sebelum ini.

Melihat kepada komen-komen dalam media sosial, ramai yang tidak bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Perdana Menteri dengan membandingkan tanpa perlaksanaan GST semasa zaman pemerintahan Tun Mahathir, Malaysia masih boleh hidup mewah dan rakyat tidak sengsara berbanding apa yang berlaku sekarang.

Bila membaca komen-komen, saya terkenang kembali apa yang pernah diperkatakan pemimpin-pemimpin parti pembangkang semasa Tun Mahathr masih berkuasa. Nada yang serupa sekali dimainkan terutama semasa berlaku krisis kewangan asia tahun 1998. Ramai di kalangan generasi muda tidak tahu, pada ketika itu negara berada pada tahap ekonomi yang paling teruk bila banyak syarikat-syarikat yang gulung tikar, ramai yang disytihar bankrap, dibuang kerja dan sebagainya. 

Bagi menyokong dakwaan ini, kita boleh merujuk kepada data dari http://www.indexmundi.com/g/g.aspx?v=69&c=my&l=en ,data menunjukkan peratusan populasi di bawah garis kemiskinan meingkat mendadak pada tahun 1998 sebelum menurun pada tahun-tahun sebelumnya. Tempoh itu juga menunjukkan kadar pengganguran negara berada pada tahap sehingga 4.5% berbanding 3% hingga 3.5% pada tahun-tahun sebelumnya. 

Pembangkang pada ketika itu yang ditunjangi PAS dan DAP bekerjasama dengan serpihan UMNO yang memberontak bila Anwar Ibrahim disingkirkan dari UMNO dan dipenjarakan. Gerakan REFORMASI bermula dengan tujuan menjatuhkan UMNO yang ditunjangi Mahathir. Kalau diimbas kembali, isu-isu yang dimainkan serupa belaka , semuanya mengenai keperitan hidup rakyat, kronisma, salah guna kuasa, isu FOREX, PERWAJA dsb. 

Bezanya dengan apa yang berlaku pada hari ini ialah gerakan REFORMASI di Kuala Lumpur berlarutan beberapa hari (malah di hari-hari bekerja) sehingga memaksa perintah berkurung dikuatkuasakan. Sebagai perbandingan, demonstrasi BERSIH dll yang dibuat semasa zaman Pak Lah dan Najib Razak dilihat lebih kepada sesi santai antara keluarga di hujung minggu. Tiba hari Isnin, semuanya kembali seperti biasa. 

Berbalik kepada ucapan Najib bahawa perlaksanaan GST telah menyelamatkan ekonomi negara akibat kejatuhan harga minyak dunia, ia malahan menyelamatkan negara dari keadaan yang pernah berlaku pada tahun 1998 dahulu. Sebelum GST dilaksanakan, antara hasil pendapatan kerajaan yang utama ialah hasil jualan minyak itu sendiri. 

"Antara sumber terbesar cukai langsung ialah cukai pendapatan syarikat (RM51.3 bilion, cukai pendapatan petroleum (RM33.9 bilion), cukai pendapatan individu (RM23 bilion) dan duti setem (Rm5.6 bilion). Bagi kategori cukai tidak langsung, sumber utama adalah terdiri daripada duti eksais ke atas barangan import dan keluaran tempatan RM12.2 bilion, cukai jualan (RM9.5 bilion) dan cukai perkhidmatan (RM6.5 bilion) meliputi 79% daripada kategori cukai tersebut. Sementara itu, kutipan dividen daripada Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) sebanyak RM26.3 bilion dan royalty petroleum sebanyak RM6,4 bilion merupakan dua sumber terbesar hasil bukan cukai meliputi 58.1% daripada kategori hasil tersebut." 

- Jawapan Menteri Kewangan dalam sesi parlimen (040713-7)

Jawapan di atas adalah dalam sesi parlimen pada Julai 2013 semasa harga petrol lebih kurang USD110 setong.  Apabila harga minyak dunia jatuh teruk pada awal Jan 2016, iaitu sehingga lebih kurang USD29 setong, ia memberi kesan secara langsung kepada hasil pendapatan kerajaan. Jika dibuat perbandingan harga pada Julai 2013 dan Jan 2016, negara kerugian lebih kurang -74% setong bagi hasil petroleum!


Kalau pada 2013 cukai pendapatan petroleum ialah RM33.9 billion ,dengan  mengikut kadar kehilangan -74% setong , hasil pada 2016 lebih kurang RM9 billion sahaja iaitu kehilangan pendapatan kerajaan sehingga lebih kurang RM25 billion ! Jadi perlaksanaan cukai GST pada April 2015 sebenarnya menyelamatkan negara dengan menampung kehilangan pendapatan dari sumber petroleum itu. Jadi kita boleh faham mengapa akhirnya apabila pemimpin Pakatan Harapan (Nurul Izzah) baru-baru ini  sendiri mengakui keperluan GST dilaksanakan sekiranya mereka berjaya mengambil alih Putrajaya.

0 comments:

Kaitan Penjimatan Tenaga Elektrik & Kenaikan Harga Petrol

9:01 PM Unknown 0 Comments

Anggaran bagi setitis petrol adalah bersamaan dengan 0.00001 liter . 1 liter RON95 bersamaan dengan RM2.27 ,ertinya harga bagi setitis petrol hari ni adalah 227 sen X 0.00001 liter iaitu 0.00227sen . Kenaikan 3 sen petrol hari ni menunjukkan kita kehilangan nikmat sebanyak 1,322 titis petrol iaitu sebanyak 0.01322 liter (13.22ml) . Berapa banyak 13.22 ml ni ? Cuba bandingkan dengan botol air mineral saiz kecil yang saiznya 500ml . 13.22 ml ialah lebih kurang 1 per 38 bahagian dari saiz air botol mineral kecil itu.

Biasanya bila kita isi minyak, kita akan isi mengikut jumlah angka wang itu sendiri dan bukan dalam liter . Contohnya sekali isi petrol RM50 , kalau dulu isi petrol RM50 masa harga RM2.24/liter dapatlah dalam 22.32 liter . Hari ni harga RM2.27/liter kalau isi RM50 dapatlah dalam lebih kurang 22.02 liter . Maksudnya , hari ni kita dah rugi lebih kurang 0.3 liter kalau isi RM50 . Apa kita boleh dapat dengan 0.3 liter petrol ?

1 galon petrol mengandungi lebih kurang 1.3 x 10^8 Joules . 1 galon lebih kurang 3.78541 liter , jadi 1 liter bersamaan dengan 34.3 x 10^6 Joules . 0.3 liter pulak bersamaan dengan 1,030,000 Joules. Dengan buat perbandingan cara penggunaan aircond di rumah kita pulak, untuk sebuah aircond 1HP 746 watt yang dipasang selama sejam sejumlah 268,560,00 Joules tenaga diperlukan ! Dan kita pun biasa tengok bilik yang takde orang pun aircond tetap terpasang.

Takkah kita pelik bila orang mengeluh dengan kenaikan harga minyak tetapi dalam masa yang sama tak berjimat dalam penggunaan tenaga elektrik terutamanya untuk peralatan seperti aircond, lampu dan kipas? Petrol adalah sumber tenaga untuk menggerakkan kereta, dan bekalan elektrik di rumah juga adalah sumber tenaga yang mana kita perlu bayar untuk kedua-duanya. Jadi bagi yang sentap dengan kenaikan harga petrol tu ...kita sebenarnya boleh "dapatkan" kembali kerugian tu dengan penjimatan tenaga letrik di rumah...

0 comments:

PAS atau Chedet Punca Perpecahan Perpaduan Melayu ?

2:11 AM Unknown 0 Comments

"Bagi orang Melayu penubuhan PAS adalah satu malapetaka. Ia memecahbelah perpaduan Melayu dalam UMNO yang berjaya tumpas Malayan Union. Walaupun orang Melayu menjadi majoriti di Malaysia, tetapi dengan adanya PAS orang Melayu tidak menjadi majoriti lagi." - Chedet (17 April 2017)

Apa yang dikatakan oleh Chedet tu benar, bila tertubuhnya lebih banyak serpihan parti-parti kaum Melayu, maka Melayu tidak lagi majoriti. Sama seperti apa yang berlaku kini, bila PPBM ditubuhkan, ia sekali lagi memecahbelahkan perpaduan Melayu, sama seperti penubuhan PKR dan AMANAH yang mana majoriti ahli kedua-dua parti itu juga adalah orang Melayu.

Penulisan Chedet itu walau bagaimanapun nampak agak 'bias' dan hipokrit kerana tidak membangkitkan soal penubuhan parti-parti 'melayu' yang lain hanya kerana mereka berada dalam kumpulan yang sama. Sebagai rekod, pada tahun 2013 , Chedet pernah menyebut PAS dan PKR adalah pemecah belah orang Melayu dalam satu ceramah di Bukit Mertajam.

"Dr Mahathir berkata perpecahan masyarakat Melayu di negara ini menjadi semakin ketara apabila Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menubuhkan PKR untuk membolehkan angan-angannya untuk menjadi Perdana Menteri tercapai." - Sinar Harian, 4 Mei 2013

Namun setelah bersama-sama Pakatan Harapan, PKR yang juga pernah dikatakan sebagai pemecah-belah Melayu tidak dinyatakan. Tampak jelas artikel terikini yang ditulis Chedet itu sebenarnya bukan memfokuskan tentang penyatuan Melayu malah lebih kepada lontaran rasa kekecewaan terhadap PAS kerana tidak turut bersama-sama Pakatan Harapan dalam PRU akan datang.

Pernah satu ketika dahulu Chedet dilabel sebagai punca pemecah belah orang Melayu disebabkan tindakan beliau memecat DS Anwar, ramai percaya tahun 1998 menjadi titik perpecahan Melayu yang ketara. Sebelum tahun 1998, PAS bukanlah menjadi faktor menang kalah UMNO dalam pilihanraya, impak PAS dalam sumbangan undi Melayu kepada UMNO adalah sangat kurang. Walau bagaimanapun, semuanya berubah selepas tahun 1998 sehingga memaksa proses persempadanan dilakukan dek bimbang momentum 'tsunami Melayu' yang berlaku pada ketika itu.

Pada PRU-10(1999) undi popular terhadap parti UMNO (tidak ambil kira keseluruhan komponen BN) berada pada tahap 32% berbanding 40% semasa pilihanraya sebelumnya (1995). Walau bagaimanapun, selepas Chedet letak jawatan (31 Oct 2003) lebih kurang 6 bulan sebelum PRU-11 (21 Mac 2004) dijalankan, sokongan rakyat khususnya orang Melayu terhadap UMNO kembali meningkat pada tahap 39% .

Semasa di bawah pentadbiran Pak Lah, berlaku lagi perpecahan dalaman UMNO bila Chedet umum keluar parti dan mengajak yang lain keluar sama-sama beliau bagi mendesak supaya Pak Lah letak jawatan. Pengaruh Chedet sebagai bekas Perdana Menteri yang berkhidmat selama 22 tahun tak dinafikan kuat dikalangan orang-orang Melayu dan disebabkan itu telah berlaku 'pola penghijrahan' dan boikot terhadap UMNO. Hasilnya , undi popular terhadap UMNO kembali merosot pada 33% semasa PRU-12 (2008) dan seterusnya adalah apa yang kita lihat pada hari ini.

Jadi apabila Chedet menulis PAS sebagai punca perpecahan perpaduan Melayu , Chedet juga seharusnya melihat kembali tindakan-tindakan yang pernah dilakukan beliau dahulu sehingga Melayu berpecah seperti yang kita lihat pada hari ini. Walaupun di bawah payung Pakatan Harapan sendiri kita boleh tengok terdapat 3 komponen parti yang mempunyai dominan ahli parti yang berbangsa Melayu . Jadi kenapa perlu melihat jauh 'perpecahan' Melayu di luar ruang lingkungan?

0 comments: