Ceramah di Ruang Solat Masjid Oleh Orang Bukan Islam ?

6:13 PM Unknown 0 Comments

Isu ahli politik non muslim bagi ceramah dalam masjid adalah bukan perkara yang baru, malah sebelum ini pun kita tahu pernah berlaku hal yang sama juga di negeri Selangor. Malah kejadian sebelum ini pun dah mengundang murka Sultan Selangor.

Pengurusan masjid sebelum ini diarah supaya mengambil maklum mengenai titah Sultan mengenai larangan berpolitik dalam masjid, apatah lagi bagi seorang non muslim menggunakan masjid sebagai platform untuk berpolitik.

Nampaknya ada pengurusan masjid masih 'buta perut takdak akai' bila tak mengendahkan titah Sultan. Malah yang mendengar ceramah Sivarasa pada ketika itu pun sama bengap kerana tak menghalang ceramah itu dari diteruskan.

Pengurusan masjid dan Sivarasa cuba tunjuk sikap besar kepala bila langsung tak hormatkan tempat orang-orang Islam beribadat. Masjid sepatutnya tempat menyatukan umat Islam dan bukan memecahbelahkan. Lebih teruk lagi yang jadi tukang pemecahbelah dalam masjid itu adalah adalah non muslim dan dibiarkan pak-pak imam, lebai-lebai dan bilal ? Apa cerita ?

Masjid atau surau itu bukan saja dibina oleh duit sumbangan kerajaan negeri, ia juga dibina dari sumbangan jemaah masjid yang ideologi politiknya pelbagai samada Melayu penyokong UMNO, PAS, PKR dan lain-lain. Mereka ini semua bersatu dan bersepakat atas nama agama dengan masjid sebagai platform, namun hal ini dirosakkan oleh kebodohan pengurusan masjid yang membiarkan perkara ini berlaku.

Sudahlah kesatuan orang Melayu dalam politik dipecahbelahkan , kini kesatuan orang Melayu dalam agama pun cuba dipecahbelahkan pula ? Cukup-cukuplah diperbodohkan ! Jawatankuasa masjid seluruh negeri Selangor mungkin perlu diteliti kembali supaya elemen-elemen politik semacam ini disingkirkan !

0 comments:

Wajarkah Tarik Biasiswa atau Lucut Jawatan Sekiranya Kritik Kerjaan ?

6:52 PM Unknown 0 Comments

Wajarkah seorang penjawat awam, atau seorang penerima biasiswa dari kerajaan mengkritik pentadbiran kerajaan itu sendiri sekiranya ada perkara-perkara yang tidak disenangi mereka ? Sekadar pandangan peribadi, untuk sesebuah organisasi itu mantap dan cekap dalam pengurusannya, kritikan dan maklum balas adalah sangat penting bagi memperbaiki mutu perkhidmatan organisasi berkenaan. 

Kritikan atau maklum balas diperoleh dari kelompok manusia yang terlibat dalam aturan organisasi berkenaan, samada mereka yang menggerakkan organisasi atau pelanggan kepada organisasi itu sendiri. Walau bagaimanapun, penyaluran kritikan perlulah dilakukan dengan tatacara yang betul tanpa memburukkan organisasi itu secara terbuka terutama mereka yang mendapat manfaat dari organisasi itu, contohnya pekerja atau penerima biasiswa seperti yang dinyatakan tadi. 

Bayangkan seorang pekerja memaki hamun secara terbuka di media sosial tempat beliau bekerja, atau seorang penerima biasiswa melakukan perkara yang serupa terhadap pemberi biasiswa. Tindakan mereka itu sedikit sebanyak memberi kesan pihak yang satu lagi. Setiap tindakan pasti ada tindakbalas, ia tidak terhad kepada kerajaan pusat pimpinan Barisan Nasional sahaja, malah kerajaan Pulau Pinang dan Selangor juga melakukan tindakan yang serupa. 

Oleh yang demikian, peringatan JPA kepada penjawat awam dan penerima biasiswa badan itu supaya tidak mengkritik kerajaan secara terbuka seharusnya tidak menjadi satu isu dan bukanlah satu perkara yang baru. Ia adalah polisi yang diamalkan sejak dahulu lagi termasuklah semasa zaman mantan PM, Tun Mahathir.

Semasa masih menuntut di universiti lebih kurang 20 tahun lepas, ramai dari kalangan rakan-rakan yang menerima biasiswa JPA adalah pengkritik tegar kerajaan. Walau bagaimanapun, mereka faham sekiranya kritikan dibuat secara terbuka seperti menyertai gerakan reformasi yang aktif pada ketika itu, mereka boleh kehilangan biasiswa atau disingkirkan dari universiti . Pada saya, tak salah untuk ada pandangan tersendiri, namun adalah lebih baik bertindak bijak tanpa merisikokan masa depan sendiri.









0 comments: