Kerana Mulut, Negara Binasa

3:13 PM Unknown 0 Comments

Kebelakangan ni ramai benar yang berani buat 'statement' berbaur perkauman secara terbuka terutama di laman2 media sosial. Atas faktor ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin mengingatkan rakyat peristiwa 13 Mei mungkin boleh berulang jika perkara ini berterusan.

Malangnya, Ramasamy dari Penang anggap teguran TPM itu satu bentuk ugutan dan mencabar kiranya peristiwa 13 Mei itu berulang mereka telah 'bersedia' . Jadi dah nampak sebenarnya siapa yang kepala rasis, statement Ramasamy tu byk dikutuk beberapa orang rakan berbangsa Cina dan India.

 Kesimpulan yang dapat dibuat disini ialah, disebabkan feel segelintir yg bermulut lancang ni lah boleh jadikan amok dan huru hara satu negara. Alangkah eloknya ISA atau apa saja nama olahannya digerakkan segera. OPS LALANG 2 wakat diadakan semula, jgn disebabkan kelancangan mulut segelintir pemimpin parti politik satu negara kena terima akibatnya.

0 comments:

Evolusi Media : Pemimpin Perlu Bijak Keluarkan Kenyataan

1:30 PM Unknown 0 Comments

Sejak sekolah menengah rendah lagi, kesedaran politik saya telah ada dan pada ketika saya memandang tinggi mantan PM Tun Mahathir , saya masih ingat lagi wawancara Tengku Razaleigh dengan wartawan luar negara yang memburukkan polisi kerajaan pimpinan Tun Mahathir, wawancara itu disiarkan dalam berita TV3 .

Saya tak nafikan itu adalah antara propaganda kerajaan untuk menyekat pengaruh Tengku Razaleigh. Jadi pada ketika itu dengan hanya berbekalkan media arus perdana, imej Tengku Razaleigh tercalar teruk. 20 tahun kemudian suasana penyebaran media dalam negara telah berubah, kewujudan internet menyebabkan media sosial digunakan semaksima mungkin bagi tujuan propaganda terutama dalam politik.

Sekali lagi senario yang serupa berlaku tetapi kepada pemimpin yang berbeza, kalau dalam senario dahulu Tengku Razaleigh tidak berpeluang mempertahankan kenyataan yang dibuat beliau kerana media arus perdana adalah pro-kerajaan, kini dalam situasi Ketua Pembangkang yang membuat kenyataan yang serupa pada media asing, beliau lebih mudah mempertahankan dan memperjelaskan kenyataannya dengan hanya menggunakan media sodial di sebalik 'character assasination' yang dibuat oleh media arus perdana.

Saya percaya politik hari ini telah masuk ke sebuah dimensi baru yang mana pemimpin2 parti perlu responsif iaitu bertindak segera terhadap sesuatu isu, bijak dalam mengeluarkan kenyataan supaya tidak mudah diputar belit dan benar2 faham dengan isu yang ingin dibangkitkan. Kebelakangan ni ramai ahli politik baik dari pihak kerajaan atau pembangkang yang terperangkap dengan kenyataan sendiri.

Adalah lebih baik sekiranya dibuat kajian respon sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan, atau ambil masa sejenak untul berfikir sebelum menjawab bila diajukan soalan. Pengalaman saya semasa mula2 bekerja dan bertemu 'client' , my senior give me an advise to pause, think and answer confidently when client ask u 'tricky questions' or questions which you don't have the answer so that he have confidence to invest in the company you work for. Dalam situasi pemimpin parti politik, 'client' adalah rakyat dan 'investment' mereka adalah undi yang diberi.

0 comments: