Kaedah MBI 'Selesaikan' Isu Hutang Unisel Timbul Tanda Tanya

12:45 AM Unknown 0 Comments

Pendedahan yang dibuat oleh Rizal Mansor berkenaan isu UNISEL perlu dijawab segera oleh Menteri Besar Selangor, Azmin Ali. Kalau isu seperti ini pun lambat 'respond'nya eloklah status CAT  (Competency, Accountability and Transparency) negeri Selangor yang dicanang-canangkan selama ini dicampak ke longkang saja.  

Rizal dalam ucapan beliau semasa merasmikan  Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Kelana Jaya semalam menyatakan bahawa beliau menerima maklumat bahawa MBI (Pemerbadanan Menteri Besar Selangor) telah meluluskan pembiayaan tunggakan pembinaan Unisel kepada kontraktor yang telah ditamatkan kontraknya sejak tahun 2011. 

Maklumat yang diterima berdasarkan laporan lamanweb SelangorLeak menyatakan MBI telah membayar dahulu bayaran tunggakan dan tuntutan pembatalan kotrak  yang berjumlah kira2 RM60 juta pada Februari 2015 tanpa pengetahuan pentadbiran Unisel dan Unisel kemudiannya akan membayar kembali kepada MBI. Pada tahun 2011, kontraktor berkenaan dikatakan telah ditamatkan perkhidmatan kerana gagal memenuhi tanggungjawab. 

Kontraktor berkenaan sebelum ini telah gagal dalam dua tuntutan di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan berkaitan perihal tuntutan tunggakan yang dimaksudkan . Jadi di sebalik kegagalan tuntutan berkenaan bagaimana, MBI masih boleh bermurah hati menjelaskan tuntutan dan meletakkan beban pembayaran kepada Unisel yang operasinya juga seperti hidup segan mati tak mahu sejak kerajaan negeri diambilalih dari BN. Lebih pelik lagi bila kontraktor yang gagal menjalankan tanggungjawab sebelum ini dilantik semula bagi melakukan kerja-kerja selenggaraan di Unisel.

Apa yang menarik ialah , Azmin Ali dalam Dewan Negeri Selangor yang ke-12 , penggal 5 , mesyuara ketiga pada 21 Nov 2012 dalam teks perbahasan beliau antaranya terkandung perenggan berikut ;

"Satu lagi teguran yang perlu diberikan perhatian oleh kerajaan negeri adalah berkenaan pendidikan industri YS Sdn Bhd atau pun universiti Selangor (UNISEL). Antara penemuan Audit adalah berkenaan kemudahan Universiti yang tidak diselenggarakan dengan sempurna.  Hal ini juga telah saya bangkitkan di dalam Dewan yang mulia ini pada sesi yang lalu di mana Syarikat Jana Niaga Sdn Bhd mengaut keuntungan ekoran perjanjian konsesi yang bersifat berat sebelah.  Maka Kerajaan Negeri perlu segera meneliti teguran yang dilakukan oleh Ketua Audit Negara serta melaksanakan tindakan yang sewajarnya termasuklah cadangan dan penegasan yang dibuat oleh Laporan Audit bahawa dengan izin saya quote mengikut consession agreement cadangan pembangunan bina, kendali dan pindah kediaman pelajar lelaki dan perempuan, pusat pelajar, pusat komuniti pelajar, taska dan kediaman kakitangan, kos pembaikan asrama siswi ini ditanggung oleh pemaju."



Ucapan Azmin pada ketika itu (sebelum dilantik menjadi MB Selangor pada 2014) menyatakan segala kos pembaikan perlu ditanggung pemaju kerana kerja-kerja selenggaraan tak dijalankan dengan sempurna oleh kontraktor. Jadi  sekiranya benar dakwaan Selangor Leaks berkenaan peranan MBI dalam mendahulukan pembayaran, ia jelas bertentangan dengan pendirian yang ditunjukkan beliau sebelum ini. Timbul persoalan samada MBI peroleh apa-apa keuntungan disebalik pendirian Azmin yang berubah ini  Kenapa juga kaedah pembayaran dilakukan sedemikian rupa , malah dakwaan Unisel tidak dimaklumkan juga menjadi tanda tanya . 

0 comments: