DAP Tentukan Siapa PM Sekiranya HARAPAN Menang ?

6:40 PM Unknown 0 Comments

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Keruak dalam catatan terbaru dalam blog beliau menyatakan bahawa DAP yang sebenarnya akan menentukan siapa yang memegang jawatan Perdana Menteri sekiranya gabungan itu memang pada pilihanraya akan datang. Pendapat itu berasaskan dominasi kerusi parlimen yang dimenangi DAP berbanding jumlah kerusi yang ditandingi. 

Semasa PRU-13, DAP bertanding di 51 kerusi parlimen dan memenangi 38 daripadanya. PKR pula bertanding di 99 kerusi parlimen dan hanya menang 30 kerusi manakala PAS menang di 21 kerusi parlimen berbanding 73 yang ditandingi. Kebanyakkan kerusi yang dimenangi DAP dan PKR di kawasan yang mempunyai ramai orang Melayu dipengaruhi sentimen sokongan terhadap parti PAS.

Berdasarkan senario yang berlaku kini yang mana telah berlaku perpecahan dalam PAS dan juga UMNO, keputusan menang kalah PRU-14 bakal ditentukan dengan kecondongan peratusan undi kaum Melayu kepada 3 parti yang akan bertanding iaitu BN, HARAPAN dan PAS. Pertandingan 3 penjuru dijangka akan berlaku di kebanyakan parlimen yang mempunyai ramai pengundi Melayu. 

Walau bagaimanapun, di jangka akan berlaku konflik dalam pengagihan kerusi sesama komponen dalam Pakatan Harapan, sama seperti kes yang mana calon PAS dan PKR sama-sama bertanding di Parlimen Kota Damansara pada PRU-13. PPBM, PKR dan AMANAH dijangka akan menghadapi isu dalam pengagihan kerusi . Menggunakan agihan kerusi pada PRU-13, dijangka sebanyak 171 kerusi perlu diagih-agihkan kepada 3 parti ini, manakala DAP mungkin mahu mempertahankan 51 kerusi parlimen yang ditandingi pada PRU-13, terutama di kawasan yang kalah tipis (15% ke bawah).

Berdasarkan keputusan PRU-13 dan dengan keyakinan DAP yang sokongan terhadap parti itu akan bertambah pada PRU-14, DAP dijangka mahu mengekalkan sekurang-kurang 43 kerusi parlimen untuk ditandingi. Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim juga telah menyatakan pendirian bahawa parti itu tidak akan menyerahkan kerusi parlimen yang dimenangi dan yang kalah tipis. Oleh itu, PKR pula dijangka mahu mengekalkan sekurang-kuranya 65 (35 kalah tipis +30 menang) . 

Berdasarkan perkiraan ini , maka terdapat lebih kurang 108 kerusi parlimen yang tidak boleh disentuh PPBM dan PAN. Maka majoriti baki 114 , iaitu kawasan tegar UMNO atau PAS perlu dibedak-bedak antara PPBM dan PAN. 114 kerusi parlimen ini sudah pasti berlaku, pertembungan 3 penjuru.  Sekiranya dibahagi secara adil, PPBM dan PAN mungkin masing-masing bertanding di 57 kerusi parlimen yang merupakan kubu UMNO atau PAS. Berdasarkan kajian INVOKE itu sendiri, pertembungan 3 penjuru tidak menguntungkan Pakatan Harapan apabila berlaku pecah undi. 

Sekiranya Pakatan Harapan menang dengan majoriti mudah pada PRU-14, kebanyakkan kerusi berkemungkinan datang dari DAP & PKR (108 kerusi) dan baki kerusi untuk majoriti mudah datang samada dari PAN atau PPBM. Dengan 43 kerusi parlimen DAP dan 65 kerusi parlimen PKR, jelas yang akan mengemudi adalah dua parti ini , dan mungkin juga kita perlu tahu terdapat di kalangan pemimpin PKR itu sendiri adalah 'bayang-bayang' DAP , sama seperti beberapa orang pemimpin PAN. Jadi tanggapan yang dibuat oleh Datuk Seri Salleh Keruak itu ada juga benarnya.


0 comments: