Hillary Pergunakan DOJ ?

12:35 AM Unknown 0 Comments

Sejak perkhabaran mengenai sumbangan sejumlah wang yang cukup banyak datangnya dari Malaya mengalir ke dalam tabung Clinton Foundation pada pertengahan tahun 2016 tersebar, ramai yang mempersoalkan kesahihan cerita ini. Ketua ARMADA PPBM, Syed Saddiq yang dikatakan dalang dalam membocorkan cerita ini tidak pulak mempertikaikan hal ini, dengan status pendebat terbaik Asia , sikap Syed Saddiq terhadap isu ini dilihat agak berbeza dan sedikit lesu. Mungkin bagi mereka yang kurang jelas mengenai isu ini akan berkata apa silapnya kalau nak menderma dengan  Clinton Foundation ?

Bagi yang gemar mengikut perkembangan politik luar negara terutamanya dari Amerika Syarikat, tentu dah sedia maklum mengenai peranan Clinton Foundation ini dan pentadbiran White House itu sendiri. Semasa Barrack Obama menjadi Presiden Amerika Syarikat, Hillary Clinton telah dilantik menjadi Setiausaha Negara itu. Sudah tentunya, sebagai Setiausaha Negara, Hillary Clinton agak berpengaruh dikalangan kakitangan kerajaan negara itu. Beberapa orang kuat DOJ sendiri dilihat sebagai penyokong Hillary termasuklah Loretta Lynch yang bertugas sebagai Peguam Negara.

Pengkritik-pengkritik politik dalam negara itu turut mempersoalkan keakraban Hillary dan Lynch. Jawatan Lynch sebagai Peguam Negara, akan memberi kelebihan kepada Hillary. Buktinya boleh dilihat dengan manipulasi kes 'email' Hillary . Kes itu ditutup setelah kononnya Lynch mendapat 'nasihat' dari Pengarah FBI, James Comey . Malang bagi Comey, beliau kemudiannya disingkirkan dari FBI setelah Donald Trump dipilih rakyat Amerika untuk menjadi Presiden yang baru.  

Baru-baru ini pada awal Jun 2017, Comey dalam satu testimoni menyatakan Lynch yang menjadi Peguam Negara pada ketika itu telah mengarah beliau supaya tidak menganggap perihal kes 'email' Hillary itu satu siasatan  dan lebih kepada isu biasa, dengan cara ini pihak biro tidak mempunyai kuasa untuk memberi sepina bagi tujuan soal siasat. Testimoni yang dibuat oleh Comey dihadapan senat dilihat memang wujud kepentingan bersama antara Lynch dan Hillary. 

Berbalik kepada cerita derma 'team' Chedet kepada Clinton Foundation pada bulan Jun 2016, mungkin ada yang masih kabur dengan hubungkait-nya. Merujuk kepada garis masa, DOJ telah membuat pengumuman mengenai skandal 1MDB sebulan selepas itu, dan pengumuman dibuat oleh Lynch sendiri , Tentu ramai masih ingat roadtour luar negara yang dibuat oleh Khairuddin dan Mathias pada 2015, membawa pelbagai dokumen berkaitan 'mengadu' kepada badan perundangan luar negara . 

Pada ketika itu juga WSJ menyiarkan cerita mengenai siasatan FBI terhadap 1MDB, dan hanya lebih kurang setahun selepas itu barulah DOJ membuat pengumaman akan mengatakan akan mendakwa dan menyita aset-aset dan setahun lagi selepas itu pengumaman yang lebih kurang sama dibuat, namun sehingga kini tiada tindakan seperti memanggil mana-mana wakil 1MDB , Jho Lo atau mana-mana individu yang dikatakan terlibat.

Dengan melihat perkaitan Clinton,DOJ dan FBI itu sendiri , kita boleh mengagak Clinton menyalahgunakan kuasa beliau untuk mengawal atau mempengaruhi segala keputusan DOJ dan FBI . Secara tak langsung, individu-individu yang 'berbaik' dengan Clinton misalnya dalam sumbangan derma juga dapat memperoleh manfaat-manfaat ini. Pada April 2015, Bloomberg telah menyiarkan satu artikel mengenai polisi Clinton Foundation yang tidak bersetuju untuk mendedahkan penderma-penderma luar negara kepada badan itu. 


Hillary Clinton mungkin dilihat terdesak dalam mendapatkan dana politik untuk kempen Presiden US, Perdana Menteri Bangladesh pada May 2017 mendedahkan Hillary secara peribadi telah mendesak beliau untuk menderma sejumlah wang yang besar kepada Clinton Foundation , selain itu pihak Hillary juga dikatakan telah mengugut anak kepada Perdana Menteri Bangladesh yang menetap di Amerika berhubung isu Grameen Bank . Tindak tanduk Hillary dengan mencampuri perihal negara Bangladesh menunjukkan hal yang serupa boleh berlaku di negara-negara lain juga. Merujuk kepada kes di Malaysia, mungkin kita boleh andaikan telah berlaku perkiraan antara Hillary dan 'penderma' untuk melibatkan DOJ yang akhirnya memberikan keberuntungan persepsi untuk satu pihak di negara ini. 

0 comments: