Kaedah MBI 'Selesaikan' Isu Hutang Unisel Timbul Tanda Tanya

12:45 AM Unknown 0 Comments

Pendedahan yang dibuat oleh Rizal Mansor berkenaan isu UNISEL perlu dijawab segera oleh Menteri Besar Selangor, Azmin Ali. Kalau isu seperti ini pun lambat 'respond'nya eloklah status CAT  (Competency, Accountability and Transparency) negeri Selangor yang dicanang-canangkan selama ini dicampak ke longkang saja.  

Rizal dalam ucapan beliau semasa merasmikan  Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Kelana Jaya semalam menyatakan bahawa beliau menerima maklumat bahawa MBI (Pemerbadanan Menteri Besar Selangor) telah meluluskan pembiayaan tunggakan pembinaan Unisel kepada kontraktor yang telah ditamatkan kontraknya sejak tahun 2011. 

Maklumat yang diterima berdasarkan laporan lamanweb SelangorLeak menyatakan MBI telah membayar dahulu bayaran tunggakan dan tuntutan pembatalan kotrak  yang berjumlah kira2 RM60 juta pada Februari 2015 tanpa pengetahuan pentadbiran Unisel dan Unisel kemudiannya akan membayar kembali kepada MBI. Pada tahun 2011, kontraktor berkenaan dikatakan telah ditamatkan perkhidmatan kerana gagal memenuhi tanggungjawab. 

Kontraktor berkenaan sebelum ini telah gagal dalam dua tuntutan di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan berkaitan perihal tuntutan tunggakan yang dimaksudkan . Jadi di sebalik kegagalan tuntutan berkenaan bagaimana, MBI masih boleh bermurah hati menjelaskan tuntutan dan meletakkan beban pembayaran kepada Unisel yang operasinya juga seperti hidup segan mati tak mahu sejak kerajaan negeri diambilalih dari BN. Lebih pelik lagi bila kontraktor yang gagal menjalankan tanggungjawab sebelum ini dilantik semula bagi melakukan kerja-kerja selenggaraan di Unisel.

Apa yang menarik ialah , Azmin Ali dalam Dewan Negeri Selangor yang ke-12 , penggal 5 , mesyuara ketiga pada 21 Nov 2012 dalam teks perbahasan beliau antaranya terkandung perenggan berikut ;

"Satu lagi teguran yang perlu diberikan perhatian oleh kerajaan negeri adalah berkenaan pendidikan industri YS Sdn Bhd atau pun universiti Selangor (UNISEL). Antara penemuan Audit adalah berkenaan kemudahan Universiti yang tidak diselenggarakan dengan sempurna.  Hal ini juga telah saya bangkitkan di dalam Dewan yang mulia ini pada sesi yang lalu di mana Syarikat Jana Niaga Sdn Bhd mengaut keuntungan ekoran perjanjian konsesi yang bersifat berat sebelah.  Maka Kerajaan Negeri perlu segera meneliti teguran yang dilakukan oleh Ketua Audit Negara serta melaksanakan tindakan yang sewajarnya termasuklah cadangan dan penegasan yang dibuat oleh Laporan Audit bahawa dengan izin saya quote mengikut consession agreement cadangan pembangunan bina, kendali dan pindah kediaman pelajar lelaki dan perempuan, pusat pelajar, pusat komuniti pelajar, taska dan kediaman kakitangan, kos pembaikan asrama siswi ini ditanggung oleh pemaju."



Ucapan Azmin pada ketika itu (sebelum dilantik menjadi MB Selangor pada 2014) menyatakan segala kos pembaikan perlu ditanggung pemaju kerana kerja-kerja selenggaraan tak dijalankan dengan sempurna oleh kontraktor. Jadi  sekiranya benar dakwaan Selangor Leaks berkenaan peranan MBI dalam mendahulukan pembayaran, ia jelas bertentangan dengan pendirian yang ditunjukkan beliau sebelum ini. Timbul persoalan samada MBI peroleh apa-apa keuntungan disebalik pendirian Azmin yang berubah ini  Kenapa juga kaedah pembayaran dilakukan sedemikian rupa , malah dakwaan Unisel tidak dimaklumkan juga menjadi tanda tanya . 

0 comments:

DAP Tentukan Siapa PM Sekiranya HARAPAN Menang ?

6:40 PM Unknown 0 Comments

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Keruak dalam catatan terbaru dalam blog beliau menyatakan bahawa DAP yang sebenarnya akan menentukan siapa yang memegang jawatan Perdana Menteri sekiranya gabungan itu memang pada pilihanraya akan datang. Pendapat itu berasaskan dominasi kerusi parlimen yang dimenangi DAP berbanding jumlah kerusi yang ditandingi. 

Semasa PRU-13, DAP bertanding di 51 kerusi parlimen dan memenangi 38 daripadanya. PKR pula bertanding di 99 kerusi parlimen dan hanya menang 30 kerusi manakala PAS menang di 21 kerusi parlimen berbanding 73 yang ditandingi. Kebanyakkan kerusi yang dimenangi DAP dan PKR di kawasan yang mempunyai ramai orang Melayu dipengaruhi sentimen sokongan terhadap parti PAS.

Berdasarkan senario yang berlaku kini yang mana telah berlaku perpecahan dalam PAS dan juga UMNO, keputusan menang kalah PRU-14 bakal ditentukan dengan kecondongan peratusan undi kaum Melayu kepada 3 parti yang akan bertanding iaitu BN, HARAPAN dan PAS. Pertandingan 3 penjuru dijangka akan berlaku di kebanyakan parlimen yang mempunyai ramai pengundi Melayu. 

Walau bagaimanapun, di jangka akan berlaku konflik dalam pengagihan kerusi sesama komponen dalam Pakatan Harapan, sama seperti kes yang mana calon PAS dan PKR sama-sama bertanding di Parlimen Kota Damansara pada PRU-13. PPBM, PKR dan AMANAH dijangka akan menghadapi isu dalam pengagihan kerusi . Menggunakan agihan kerusi pada PRU-13, dijangka sebanyak 171 kerusi perlu diagih-agihkan kepada 3 parti ini, manakala DAP mungkin mahu mempertahankan 51 kerusi parlimen yang ditandingi pada PRU-13, terutama di kawasan yang kalah tipis (15% ke bawah).

Berdasarkan keputusan PRU-13 dan dengan keyakinan DAP yang sokongan terhadap parti itu akan bertambah pada PRU-14, DAP dijangka mahu mengekalkan sekurang-kurang 43 kerusi parlimen untuk ditandingi. Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim juga telah menyatakan pendirian bahawa parti itu tidak akan menyerahkan kerusi parlimen yang dimenangi dan yang kalah tipis. Oleh itu, PKR pula dijangka mahu mengekalkan sekurang-kuranya 65 (35 kalah tipis +30 menang) . 

Berdasarkan perkiraan ini , maka terdapat lebih kurang 108 kerusi parlimen yang tidak boleh disentuh PPBM dan PAN. Maka majoriti baki 114 , iaitu kawasan tegar UMNO atau PAS perlu dibedak-bedak antara PPBM dan PAN. 114 kerusi parlimen ini sudah pasti berlaku, pertembungan 3 penjuru.  Sekiranya dibahagi secara adil, PPBM dan PAN mungkin masing-masing bertanding di 57 kerusi parlimen yang merupakan kubu UMNO atau PAS. Berdasarkan kajian INVOKE itu sendiri, pertembungan 3 penjuru tidak menguntungkan Pakatan Harapan apabila berlaku pecah undi. 

Sekiranya Pakatan Harapan menang dengan majoriti mudah pada PRU-14, kebanyakkan kerusi berkemungkinan datang dari DAP & PKR (108 kerusi) dan baki kerusi untuk majoriti mudah datang samada dari PAN atau PPBM. Dengan 43 kerusi parlimen DAP dan 65 kerusi parlimen PKR, jelas yang akan mengemudi adalah dua parti ini , dan mungkin juga kita perlu tahu terdapat di kalangan pemimpin PKR itu sendiri adalah 'bayang-bayang' DAP , sama seperti beberapa orang pemimpin PAN. Jadi tanggapan yang dibuat oleh Datuk Seri Salleh Keruak itu ada juga benarnya.


0 comments:

Kunjungan Rombongan PM ke MRT Sg. Buloh-Kajang Jadi Modal 'Spin' Malaysiakini

7:21 PM Unknown 0 Comments

Sebenarnya zaman buat fitnah secara berleluasa dalam portal/blog/facebook dan media-media sosial yang lain dah berlalu. Dengan macam-macam peraturan dan undang-undang yang diperkenalkan, pengguna media sosial sepatutnya lebih berhati-hati untuk melepaskan 'content' mereka dalam alam maya. Namun di sebalik pemantauan yang dilihat makin tegas hari ini, masih ada lagi puak-puak yang seronok menimbulkan persepsi untuk mejatuhkan kredbiliti seseorang atau musuh mereka menggunakan media sosial. Kadang-kala persepsi yang dimainkan diadun pula dengan fitnah melalui komentar-komentar pembaca.

Contohnya kelmarin apabila PM, isteri dan rombongan mencuba rangkaian MRT baru menghubungkan laluan antara Sg. Buloh dan Kajang yang akan dibuka 17 Julai nanti. Portal sensasi Malaysiakini pada mulanya menyiarkan satu artikel yang mana tajuknya seolah dilihat menghasut sebelum diubahsuai kembali setelah mendapat kritikan barangkali. Artikel berkenaan menggunakan sumber dari komentar Facebook menyatakan kononnya salah seorang penumpang di arah ke bahagian belakang 'feeder' bas MRT untuk membolehkan PM dan rombongan beliau berada di tempat yang dikhaskan untuk mereka.

"Melalui Facebook seorang peguam, Andrew Khoo, mendakwa dia berada dalam 'feeder; bas MRT apabila diarahkan ke bahagian lain untuk memberi ruang kepada perdana menteri dan rombongannya menyertai perjalanan berkenaan." - Malaysiakini, 12 Julai 2017

Artikel Malaysiakini itu kemudiannya mendapat respon dari seorang netizen (William Cheah) yang bersama-sama dengan rombongan PM. Beliau yang berada di sana bersama isteri turut memuatkan beberapa gambar sebagai bukti. Menurut William, bas berkenaan adalah bas yang sememangnya dikhaskan kepada PM dan rombongan bagi tujuan lawatan itu dan setiap dari tempat duduk dalam bas juga telah diletakkan nama ahli rombongan. Menurut William, walaupun beliau berada di tempat duduk belakang , PM bergaul dengan semua yang berada di dalam bas berkenaan. Dalam status yang dimuatnaik dalam FB beliau, William turut menyatakan bahawa laluan MRT itu belum lagi pun dibuka kepada orang awam sehingga 17 Julai nanti dan yang hadir pun adalah yang dijemput sahaja.

Jadi berdasarkan apa yang diperkatakan William, jelas penulis artikel berkenaan berniat jahat apabila cuba menjadikan kunjungan PM yang positif itu kepada sesuatu yang negatif. Mungkin juga editor Malaysiakini perlu berhubung sendiri dengan 'Andrew Khoo' yang dimaksudkan berkenaan bagaimana beliau boleh berada bersama-sama dengan rombongan PM semasa lawatan itu sedangkan hanya mereka yang dijemput sahaja yang patut berada di sana ?

0 comments:

Hillary Pergunakan DOJ ?

12:35 AM Unknown 0 Comments

Sejak perkhabaran mengenai sumbangan sejumlah wang yang cukup banyak datangnya dari Malaya mengalir ke dalam tabung Clinton Foundation pada pertengahan tahun 2016 tersebar, ramai yang mempersoalkan kesahihan cerita ini. Ketua ARMADA PPBM, Syed Saddiq yang dikatakan dalang dalam membocorkan cerita ini tidak pulak mempertikaikan hal ini, dengan status pendebat terbaik Asia , sikap Syed Saddiq terhadap isu ini dilihat agak berbeza dan sedikit lesu. Mungkin bagi mereka yang kurang jelas mengenai isu ini akan berkata apa silapnya kalau nak menderma dengan  Clinton Foundation ?

Bagi yang gemar mengikut perkembangan politik luar negara terutamanya dari Amerika Syarikat, tentu dah sedia maklum mengenai peranan Clinton Foundation ini dan pentadbiran White House itu sendiri. Semasa Barrack Obama menjadi Presiden Amerika Syarikat, Hillary Clinton telah dilantik menjadi Setiausaha Negara itu. Sudah tentunya, sebagai Setiausaha Negara, Hillary Clinton agak berpengaruh dikalangan kakitangan kerajaan negara itu. Beberapa orang kuat DOJ sendiri dilihat sebagai penyokong Hillary termasuklah Loretta Lynch yang bertugas sebagai Peguam Negara.

Pengkritik-pengkritik politik dalam negara itu turut mempersoalkan keakraban Hillary dan Lynch. Jawatan Lynch sebagai Peguam Negara, akan memberi kelebihan kepada Hillary. Buktinya boleh dilihat dengan manipulasi kes 'email' Hillary . Kes itu ditutup setelah kononnya Lynch mendapat 'nasihat' dari Pengarah FBI, James Comey . Malang bagi Comey, beliau kemudiannya disingkirkan dari FBI setelah Donald Trump dipilih rakyat Amerika untuk menjadi Presiden yang baru.  

Baru-baru ini pada awal Jun 2017, Comey dalam satu testimoni menyatakan Lynch yang menjadi Peguam Negara pada ketika itu telah mengarah beliau supaya tidak menganggap perihal kes 'email' Hillary itu satu siasatan  dan lebih kepada isu biasa, dengan cara ini pihak biro tidak mempunyai kuasa untuk memberi sepina bagi tujuan soal siasat. Testimoni yang dibuat oleh Comey dihadapan senat dilihat memang wujud kepentingan bersama antara Lynch dan Hillary. 

Berbalik kepada cerita derma 'team' Chedet kepada Clinton Foundation pada bulan Jun 2016, mungkin ada yang masih kabur dengan hubungkait-nya. Merujuk kepada garis masa, DOJ telah membuat pengumuman mengenai skandal 1MDB sebulan selepas itu, dan pengumuman dibuat oleh Lynch sendiri , Tentu ramai masih ingat roadtour luar negara yang dibuat oleh Khairuddin dan Mathias pada 2015, membawa pelbagai dokumen berkaitan 'mengadu' kepada badan perundangan luar negara . 

Pada ketika itu juga WSJ menyiarkan cerita mengenai siasatan FBI terhadap 1MDB, dan hanya lebih kurang setahun selepas itu barulah DOJ membuat pengumaman akan mengatakan akan mendakwa dan menyita aset-aset dan setahun lagi selepas itu pengumaman yang lebih kurang sama dibuat, namun sehingga kini tiada tindakan seperti memanggil mana-mana wakil 1MDB , Jho Lo atau mana-mana individu yang dikatakan terlibat.

Dengan melihat perkaitan Clinton,DOJ dan FBI itu sendiri , kita boleh mengagak Clinton menyalahgunakan kuasa beliau untuk mengawal atau mempengaruhi segala keputusan DOJ dan FBI . Secara tak langsung, individu-individu yang 'berbaik' dengan Clinton misalnya dalam sumbangan derma juga dapat memperoleh manfaat-manfaat ini. Pada April 2015, Bloomberg telah menyiarkan satu artikel mengenai polisi Clinton Foundation yang tidak bersetuju untuk mendedahkan penderma-penderma luar negara kepada badan itu. 


Hillary Clinton mungkin dilihat terdesak dalam mendapatkan dana politik untuk kempen Presiden US, Perdana Menteri Bangladesh pada May 2017 mendedahkan Hillary secara peribadi telah mendesak beliau untuk menderma sejumlah wang yang besar kepada Clinton Foundation , selain itu pihak Hillary juga dikatakan telah mengugut anak kepada Perdana Menteri Bangladesh yang menetap di Amerika berhubung isu Grameen Bank . Tindak tanduk Hillary dengan mencampuri perihal negara Bangladesh menunjukkan hal yang serupa boleh berlaku di negara-negara lain juga. Merujuk kepada kes di Malaysia, mungkin kita boleh andaikan telah berlaku perkiraan antara Hillary dan 'penderma' untuk melibatkan DOJ yang akhirnya memberikan keberuntungan persepsi untuk satu pihak di negara ini. 

0 comments:

Tiada Motif Politik di Sebalik Siasatan DOJ ?

7:33 PM Unknown 0 Comments

Semasa 'Department of Justice' Amerika Syarikat mula-mula mengumumkan akan melakukan pendakwaan berhubung skandal 1MDB pada Julai 2016, beberapa individu di Malaysia terutamanya dari pihak pembangkang yang kerapkali membangkitkan isu ini menganggap ia merupakan satu kejayaan di pihak mereka apabila berjaya mengheret bersama 'polis dunia' untuk campur tangan dalam isu itu. 

Dari siaran berita yang dikeluarkan DOJ pada 20 Julai 2016, Peguam Negara Loretta E. Lynch mengumumkan pemfailan aduan perundangan sivil bagi menjejaki dan memulihkan aset 1MDB yang yang bernilai lebih kurang USD1 billion yang di'cuci' secara haram di negara itu. Pemfailan aduan adalah berikutan laporan yang dibuat kepada Kleptocracy Asset Recovery Intiative (KARI).

KARI adalah salah sub-unit DOJ, ditubuhkan pada 2010 bertujuan untuk membendung penggubahan wang secara haram di Amerika Syarikat. KARI bertindak berdasarkan aduan dan maklumat yang disalurkan kepada badan itu. Pengumuman yang dibuat oleh Loretta Lynch pada 20 Julai 2016 adalah berdasarkan maklumat yang diterima itu. Merujuk kepada garis masa isu 1MDB itu, kita boleh mengagak kumpulan yang bertanggungjawab membuat laporan itu. 

Aduan kepada KARI itu sebenarnya tidak menjadi isu, pihak DOJ dan FBI bebas menyiasat mana-mana aduan yang diterima. Namun ketelusan DOJ/FBI yang dipersoalkan semasa siasatan dilakukan pihak mereka. Disebabkan wang yang dikatakan milik kerajaan Malaysia digubah secara haram di negara itu, seharusnya wakil dari pihak kerajaan dan 1MDB sendiri turut dilibatkan dalam siasatan. Namun sehingga kini, tiada wakil pihak 1MDB dan kerajaan Malaysia dilibatkan dalam proses siasatan. 

Apabila pihak yang dikatakan 'kehilangan wang' iaitu 1MDB/kerajaan Malaysia tidak dipanggil dalam siasatan ia menimbulkan keraguan dalam hasil siasatan yang dilakukan dan menimbulkan persepsi samada pemfailan perundangan sivil yang dibuat pada 20 Julai 2016 adalah bermotifkan politik semata-mata ? Semasa ianya diumumkan, pelbagai aset dari pihak yang terlibat dikatakan akan dirampas dan pelbagai lagi tindakan akan dilakukan dalam masa yang terdekat. Namun sehingga ke hari ini, tiada apa-apa tindakan yang dibuat melainkan satu lagi pengumuman yang hampir serupa dibuat oleh DOJ baru-baru ini. 

Wakil pihak perundangan dari Singapura yang dikatakan turut menyiasat berkenaan hal ini berkata tiada apa-apa yang baru dari pengumaman yang dibuat oleh DOJ itu dan pihak Singapura tidak akan membuat apa-apa tindakan susulan dari penguman itu. Bagi Singapura, hal berkaitan penyalahgunaan dana 1MDB selesai selepas tindakan mendenda dan menutup operasi beberapa buah bank di negara itu dilakukan. Di pihak Malaysia sendiri, siasatan mengenai perkara itu masih berjalan walaupun setelah laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB dibentangkan pada April 2016. 


Persoalan mengenai samada pengumuman DOJ Amerika Syarika bermotif politk diperkuatkan baru-baru ini apabila khabar mengenai 'sumbangan' politik dari Malaysia (kem Mahathir) sebanyak USD 5 juta untuk kempen Hillary Clinton semasa pemilihan Presiden negara itu. Tiada penafian mengenai khabar angin sumbangan USD 5 juta oleh Syed Saddiq dalam satu kenyataan yang dibuat beliau selepas berita itu tersebar luas, sebaliknya individu yang menyebarkan perihal itu dikatakan menerima dedak UMNO. Lalu ramai yang bertanya apa kaitan 'sumbangan' politik terhadap Hillary dan siasatan yang dibuat oleh DOJ? Mereka ini mendakwa DOJ adalah badan bebas yang tidak dipengaruhi elemen-elemen politikal dalam melakukan siasatan. Benarkah ?


0 comments:

Cukai Pelancongan : Isu & Masalah Itu Sebenarnya Peluang

11:47 PM Unknown 0 Comments

Cukai pelancongan yang akan dikuatkuasakan pada 1 Ogos 2017, akan menjadikan harga bilik di hotel-hotel yang berdaftar akan meningkat sehingga RM20 semalam atau lebih kurang USD4.70 . Sebenarnya bagi individu yang berkemampuan untuk melancong hal "cukai pelancongan" ini bukanlah satu isu besar terutamanya bagi pelancong-pelancong dari luar negara. 

Harga bilik hotel di Malaysia adalah antara yang terendah berbanding negara-negara lain. Bagi yang biasa melancong ke luar negara tentu tak dapat menafikan perkara ini. Malaysia bukanlah negara yang pertama melaksanakan "cukai pelancongan' , terdapat lebih kurang 13 negara yang melaksanakan cukai pelancongan sebelum ini, kebanyakkannya negara-negara Eropah.

Melihat dari sudut lain, cukai pelancongan ini sebenarnya dapat membantu kerajaan memantau pergerakan pelancong-pelancong asing yang datang ke negara ini. Data yang dikutip dari hotel-hotel yang berdaftar ini dapat memberi 'insight' kepada hal-hal berkaitan, terutamanya dalam memantau kegiatan pengganas yang datang ke negara ini sebagai 'pelancong'.

Terdapat rungutan-rungutan di media sosial kononnya cukai pelancongan ini akhirnya akan menyusahkan rakyat kerana ia turut dikenakan pada rakyat tempatan. Siapa rakyat tempatan yang biasa dan kerap menggunakan hotel-hotel dan melancong ke sana sini ? Adakah mereka ini dalam golongan marhein dan mengalami desakan hidup ?

Seharusnya pelaksanaan cukai pelancongan ini diambil dari sudut positif. Malaysia  dipenuhi dengan tempat-tempat menarik dan ideal untuk pelancongan. Kenaan sedikit cukai pelancongan ini tidak akan menjejaskan industri pelancongan negara tambahan pula dengan keadaan tukaran matawang USD berbanding RM yang tinggi . 


Tidak mustahil dengan kewujudan cukai pelancongan ini, akan muncul lebih banyak peluang-peluang perniagaan dan pekerjaan untuk rakyat tempatan. Teringat kata-kata seorang rakan dahulu, bila ada masalah atau isu .. pasti ada peluang yang terbentang luas bagi yang bijak. 

0 comments:

Presiden PPBM minta 'jaga kerahsiaan' setelah hal calon PM ditimbulkan Mahathir

6:11 PM Unknown 0 Comments

Presiden Parti Pribumi semalam dalam satu kenyataan media berkata soal lantikan Perdana Menteri Pakatan Harapan lebih baik jika dibincangkan secara tertutup. Tajuk artikel Malaysiakini cukup menarik perhatian 'Jangan bocorkan rahsia kita'.

Pelik bila presiden Parti Pribumi itu membuat kenyataan sedemikian, isu mengenai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan hanya menjadi panas selepas mantan PM Tun Mahathir membuka mulut mengenai kesudian beliau untuk menerima jawatan Perdana Menteri sekiranya dipilih.

Kenyataan Mahathir itu mendapat respon pantas yang sinikal dari Anwar yang jelas sekali tidak menyetujui hasrat mantan Perdana Menteri itu. Anwar berkata hak menjadi Perdana Menteri bukanlah hak Mahathir tetapi hak untuk Harapan apabila beliau ditanya pemberita semasa berada di kompleks mahkamah syariah.

Berbalik semua kepada kenyataan yang dibuat oleh Muhyiddin mengenai kerahsiaan memilih calon Perdana Menteri Pakatan Harapan, bukankah isu itu sebenarnya ditimbulkan sendiri oleh orang nombor 1 dalam Harapan iaitu Mahathir?

Kenyataan yang dibuat Muhyiddin itu seolah-olah nak menunjukkan PPBM bukan menjadi punca isu itu ditimbulkan. Entah apa yang difikirkan komponen-komponen lain Pakatan Harapan dengan 'drama' yang cuba dimainkan Presiden PPBM ini.

0 comments:

Status Tanah Negeri Pulau Pinang, Lim Guan Eng Hipokrit !

6:16 PM Unknown 0 Comments

Hal berkaitan tanah di Pulau Pinang tak pernah sunyi , terutama di sebelah pulau . Maklumlah nilai hartanah di negeri itu cukup tinggi . Bila diimbas semula 10 tahun kebelakangan ini, banyak projek-projek pembangunan perumahan dibuat di Pulau Pinang . Banyak perkampungan-perkampungan kecil diratakan untuk tujuan itu. Samada pampasan diberikan atau tidak kepada penduduk kampung-kampung, itu cerita lain pula .

Tak cukup dengan tanah-tanah kampung,keghairahan membangunkan projek-projek perumahan mewah di Pulau Pinang menular hingga ke tanah-tanah bukit. Ramai yang membantah sebab bimbangkan hakisan tanah yang akhirnya punca kepada kejadian tanah runtuh. Kalau datang ke Pulau Pinang, nun jauh dari jambatan Pulau Pinang menuju ke pulau itu , kita dah boleh nampak bahagian-bahagian bukit yang botak ... kawasan yang sepatutnya berwarna hijau bertukar menjadi warna tanah merah.

Cukup menyakitkan mata bila melihat, tambahan pula bagi anak-anak jati negeri Pulau Pinang. Semua yang berlaku di negeri itu hari ini disebabkan orang luar yang bukan dari Pulau Pinang. Ini bukan cerita pasal perkauman, tapi ini cerita pasal hipokrasi Lim Guan Eng itu sendiri.

Bila baca tajuk artikel dari Malaysiakini hari ini iaitu "Jangan mimpi mahu tukar status tanah di Pulau Jerejak", kita boleh tengok betapa hipokritnya Lim Guan Eng kononnya kerajaan negeri berprinsip dan takkan melayan sebarang permintaan pemaju untuk tukar status tanah di Pulau Jerejak bagi tujuan komersil.

Sebaliknya bila kita rujuk semula kes-kes lepas berkaitan pertukaran status tanah di Pulau Pinang, kerajaan negeri malahan pernah meluluskan pembangunan tanah di kawasan cerun bukit walaupun Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengklasifikasikan kawasan berbukit di Pulau Pinang terdedah kepada ancaman tanah runtuh.

Sebenarnya kenyataan Guan Eng mengenai status tanah di Pulau Jerejak hari ini lebih bersifat politikal , cuba kalau tanah di Pulau Jerejak itu bukannya milik Boustead Penang Shipyard , tentu nada Guan Eng berbeza sekali.

0 comments:

Ceramah di Ruang Solat Masjid Oleh Orang Bukan Islam ?

6:13 PM Unknown 0 Comments

Isu ahli politik non muslim bagi ceramah dalam masjid adalah bukan perkara yang baru, malah sebelum ini pun kita tahu pernah berlaku hal yang sama juga di negeri Selangor. Malah kejadian sebelum ini pun dah mengundang murka Sultan Selangor.

Pengurusan masjid sebelum ini diarah supaya mengambil maklum mengenai titah Sultan mengenai larangan berpolitik dalam masjid, apatah lagi bagi seorang non muslim menggunakan masjid sebagai platform untuk berpolitik.

Nampaknya ada pengurusan masjid masih 'buta perut takdak akai' bila tak mengendahkan titah Sultan. Malah yang mendengar ceramah Sivarasa pada ketika itu pun sama bengap kerana tak menghalang ceramah itu dari diteruskan.

Pengurusan masjid dan Sivarasa cuba tunjuk sikap besar kepala bila langsung tak hormatkan tempat orang-orang Islam beribadat. Masjid sepatutnya tempat menyatukan umat Islam dan bukan memecahbelahkan. Lebih teruk lagi yang jadi tukang pemecahbelah dalam masjid itu adalah adalah non muslim dan dibiarkan pak-pak imam, lebai-lebai dan bilal ? Apa cerita ?

Masjid atau surau itu bukan saja dibina oleh duit sumbangan kerajaan negeri, ia juga dibina dari sumbangan jemaah masjid yang ideologi politiknya pelbagai samada Melayu penyokong UMNO, PAS, PKR dan lain-lain. Mereka ini semua bersatu dan bersepakat atas nama agama dengan masjid sebagai platform, namun hal ini dirosakkan oleh kebodohan pengurusan masjid yang membiarkan perkara ini berlaku.

Sudahlah kesatuan orang Melayu dalam politik dipecahbelahkan , kini kesatuan orang Melayu dalam agama pun cuba dipecahbelahkan pula ? Cukup-cukuplah diperbodohkan ! Jawatankuasa masjid seluruh negeri Selangor mungkin perlu diteliti kembali supaya elemen-elemen politik semacam ini disingkirkan !

0 comments:

Wajarkah Tarik Biasiswa atau Lucut Jawatan Sekiranya Kritik Kerjaan ?

6:52 PM Unknown 0 Comments

Wajarkah seorang penjawat awam, atau seorang penerima biasiswa dari kerajaan mengkritik pentadbiran kerajaan itu sendiri sekiranya ada perkara-perkara yang tidak disenangi mereka ? Sekadar pandangan peribadi, untuk sesebuah organisasi itu mantap dan cekap dalam pengurusannya, kritikan dan maklum balas adalah sangat penting bagi memperbaiki mutu perkhidmatan organisasi berkenaan. 

Kritikan atau maklum balas diperoleh dari kelompok manusia yang terlibat dalam aturan organisasi berkenaan, samada mereka yang menggerakkan organisasi atau pelanggan kepada organisasi itu sendiri. Walau bagaimanapun, penyaluran kritikan perlulah dilakukan dengan tatacara yang betul tanpa memburukkan organisasi itu secara terbuka terutama mereka yang mendapat manfaat dari organisasi itu, contohnya pekerja atau penerima biasiswa seperti yang dinyatakan tadi. 

Bayangkan seorang pekerja memaki hamun secara terbuka di media sosial tempat beliau bekerja, atau seorang penerima biasiswa melakukan perkara yang serupa terhadap pemberi biasiswa. Tindakan mereka itu sedikit sebanyak memberi kesan pihak yang satu lagi. Setiap tindakan pasti ada tindakbalas, ia tidak terhad kepada kerajaan pusat pimpinan Barisan Nasional sahaja, malah kerajaan Pulau Pinang dan Selangor juga melakukan tindakan yang serupa. 

Oleh yang demikian, peringatan JPA kepada penjawat awam dan penerima biasiswa badan itu supaya tidak mengkritik kerajaan secara terbuka seharusnya tidak menjadi satu isu dan bukanlah satu perkara yang baru. Ia adalah polisi yang diamalkan sejak dahulu lagi termasuklah semasa zaman mantan PM, Tun Mahathir.

Semasa masih menuntut di universiti lebih kurang 20 tahun lepas, ramai dari kalangan rakan-rakan yang menerima biasiswa JPA adalah pengkritik tegar kerajaan. Walau bagaimanapun, mereka faham sekiranya kritikan dibuat secara terbuka seperti menyertai gerakan reformasi yang aktif pada ketika itu, mereka boleh kehilangan biasiswa atau disingkirkan dari universiti . Pada saya, tak salah untuk ada pandangan tersendiri, namun adalah lebih baik bertindak bijak tanpa merisikokan masa depan sendiri.









0 comments:

Benarkah GST Selamatkan Negara dari Terlungkup ?

10:53 PM Unknown 0 Comments

Perdana Menteri, DS Najib Razak dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016 di Kompleks Kementerian Kewangan hari ini (27 April 2017) berkata sekiranya GST tidak dilaksanakan sejak April 2015, ekonomi negara ini mungkin terlungkup dek kejatuhan harga petrol yang mendadak beberapa tahun sebelum ini.

Melihat kepada komen-komen dalam media sosial, ramai yang tidak bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Perdana Menteri dengan membandingkan tanpa perlaksanaan GST semasa zaman pemerintahan Tun Mahathir, Malaysia masih boleh hidup mewah dan rakyat tidak sengsara berbanding apa yang berlaku sekarang.

Bila membaca komen-komen, saya terkenang kembali apa yang pernah diperkatakan pemimpin-pemimpin parti pembangkang semasa Tun Mahathr masih berkuasa. Nada yang serupa sekali dimainkan terutama semasa berlaku krisis kewangan asia tahun 1998. Ramai di kalangan generasi muda tidak tahu, pada ketika itu negara berada pada tahap ekonomi yang paling teruk bila banyak syarikat-syarikat yang gulung tikar, ramai yang disytihar bankrap, dibuang kerja dan sebagainya. 

Bagi menyokong dakwaan ini, kita boleh merujuk kepada data dari http://www.indexmundi.com/g/g.aspx?v=69&c=my&l=en ,data menunjukkan peratusan populasi di bawah garis kemiskinan meingkat mendadak pada tahun 1998 sebelum menurun pada tahun-tahun sebelumnya. Tempoh itu juga menunjukkan kadar pengganguran negara berada pada tahap sehingga 4.5% berbanding 3% hingga 3.5% pada tahun-tahun sebelumnya. 

Pembangkang pada ketika itu yang ditunjangi PAS dan DAP bekerjasama dengan serpihan UMNO yang memberontak bila Anwar Ibrahim disingkirkan dari UMNO dan dipenjarakan. Gerakan REFORMASI bermula dengan tujuan menjatuhkan UMNO yang ditunjangi Mahathir. Kalau diimbas kembali, isu-isu yang dimainkan serupa belaka , semuanya mengenai keperitan hidup rakyat, kronisma, salah guna kuasa, isu FOREX, PERWAJA dsb. 

Bezanya dengan apa yang berlaku pada hari ini ialah gerakan REFORMASI di Kuala Lumpur berlarutan beberapa hari (malah di hari-hari bekerja) sehingga memaksa perintah berkurung dikuatkuasakan. Sebagai perbandingan, demonstrasi BERSIH dll yang dibuat semasa zaman Pak Lah dan Najib Razak dilihat lebih kepada sesi santai antara keluarga di hujung minggu. Tiba hari Isnin, semuanya kembali seperti biasa. 

Berbalik kepada ucapan Najib bahawa perlaksanaan GST telah menyelamatkan ekonomi negara akibat kejatuhan harga minyak dunia, ia malahan menyelamatkan negara dari keadaan yang pernah berlaku pada tahun 1998 dahulu. Sebelum GST dilaksanakan, antara hasil pendapatan kerajaan yang utama ialah hasil jualan minyak itu sendiri. 

"Antara sumber terbesar cukai langsung ialah cukai pendapatan syarikat (RM51.3 bilion, cukai pendapatan petroleum (RM33.9 bilion), cukai pendapatan individu (RM23 bilion) dan duti setem (Rm5.6 bilion). Bagi kategori cukai tidak langsung, sumber utama adalah terdiri daripada duti eksais ke atas barangan import dan keluaran tempatan RM12.2 bilion, cukai jualan (RM9.5 bilion) dan cukai perkhidmatan (RM6.5 bilion) meliputi 79% daripada kategori cukai tersebut. Sementara itu, kutipan dividen daripada Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) sebanyak RM26.3 bilion dan royalty petroleum sebanyak RM6,4 bilion merupakan dua sumber terbesar hasil bukan cukai meliputi 58.1% daripada kategori hasil tersebut." 

- Jawapan Menteri Kewangan dalam sesi parlimen (040713-7)

Jawapan di atas adalah dalam sesi parlimen pada Julai 2013 semasa harga petrol lebih kurang USD110 setong.  Apabila harga minyak dunia jatuh teruk pada awal Jan 2016, iaitu sehingga lebih kurang USD29 setong, ia memberi kesan secara langsung kepada hasil pendapatan kerajaan. Jika dibuat perbandingan harga pada Julai 2013 dan Jan 2016, negara kerugian lebih kurang -74% setong bagi hasil petroleum!


Kalau pada 2013 cukai pendapatan petroleum ialah RM33.9 billion ,dengan  mengikut kadar kehilangan -74% setong , hasil pada 2016 lebih kurang RM9 billion sahaja iaitu kehilangan pendapatan kerajaan sehingga lebih kurang RM25 billion ! Jadi perlaksanaan cukai GST pada April 2015 sebenarnya menyelamatkan negara dengan menampung kehilangan pendapatan dari sumber petroleum itu. Jadi kita boleh faham mengapa akhirnya apabila pemimpin Pakatan Harapan (Nurul Izzah) baru-baru ini  sendiri mengakui keperluan GST dilaksanakan sekiranya mereka berjaya mengambil alih Putrajaya.

0 comments:

Kaitan Penjimatan Tenaga Elektrik & Kenaikan Harga Petrol

9:01 PM Unknown 0 Comments

Anggaran bagi setitis petrol adalah bersamaan dengan 0.00001 liter . 1 liter RON95 bersamaan dengan RM2.27 ,ertinya harga bagi setitis petrol hari ni adalah 227 sen X 0.00001 liter iaitu 0.00227sen . Kenaikan 3 sen petrol hari ni menunjukkan kita kehilangan nikmat sebanyak 1,322 titis petrol iaitu sebanyak 0.01322 liter (13.22ml) . Berapa banyak 13.22 ml ni ? Cuba bandingkan dengan botol air mineral saiz kecil yang saiznya 500ml . 13.22 ml ialah lebih kurang 1 per 38 bahagian dari saiz air botol mineral kecil itu.

Biasanya bila kita isi minyak, kita akan isi mengikut jumlah angka wang itu sendiri dan bukan dalam liter . Contohnya sekali isi petrol RM50 , kalau dulu isi petrol RM50 masa harga RM2.24/liter dapatlah dalam 22.32 liter . Hari ni harga RM2.27/liter kalau isi RM50 dapatlah dalam lebih kurang 22.02 liter . Maksudnya , hari ni kita dah rugi lebih kurang 0.3 liter kalau isi RM50 . Apa kita boleh dapat dengan 0.3 liter petrol ?

1 galon petrol mengandungi lebih kurang 1.3 x 10^8 Joules . 1 galon lebih kurang 3.78541 liter , jadi 1 liter bersamaan dengan 34.3 x 10^6 Joules . 0.3 liter pulak bersamaan dengan 1,030,000 Joules. Dengan buat perbandingan cara penggunaan aircond di rumah kita pulak, untuk sebuah aircond 1HP 746 watt yang dipasang selama sejam sejumlah 268,560,00 Joules tenaga diperlukan ! Dan kita pun biasa tengok bilik yang takde orang pun aircond tetap terpasang.

Takkah kita pelik bila orang mengeluh dengan kenaikan harga minyak tetapi dalam masa yang sama tak berjimat dalam penggunaan tenaga elektrik terutamanya untuk peralatan seperti aircond, lampu dan kipas? Petrol adalah sumber tenaga untuk menggerakkan kereta, dan bekalan elektrik di rumah juga adalah sumber tenaga yang mana kita perlu bayar untuk kedua-duanya. Jadi bagi yang sentap dengan kenaikan harga petrol tu ...kita sebenarnya boleh "dapatkan" kembali kerugian tu dengan penjimatan tenaga letrik di rumah...

0 comments:

PAS atau Chedet Punca Perpecahan Perpaduan Melayu ?

2:11 AM Unknown 0 Comments

"Bagi orang Melayu penubuhan PAS adalah satu malapetaka. Ia memecahbelah perpaduan Melayu dalam UMNO yang berjaya tumpas Malayan Union. Walaupun orang Melayu menjadi majoriti di Malaysia, tetapi dengan adanya PAS orang Melayu tidak menjadi majoriti lagi." - Chedet (17 April 2017)

Apa yang dikatakan oleh Chedet tu benar, bila tertubuhnya lebih banyak serpihan parti-parti kaum Melayu, maka Melayu tidak lagi majoriti. Sama seperti apa yang berlaku kini, bila PPBM ditubuhkan, ia sekali lagi memecahbelahkan perpaduan Melayu, sama seperti penubuhan PKR dan AMANAH yang mana majoriti ahli kedua-dua parti itu juga adalah orang Melayu.

Penulisan Chedet itu walau bagaimanapun nampak agak 'bias' dan hipokrit kerana tidak membangkitkan soal penubuhan parti-parti 'melayu' yang lain hanya kerana mereka berada dalam kumpulan yang sama. Sebagai rekod, pada tahun 2013 , Chedet pernah menyebut PAS dan PKR adalah pemecah belah orang Melayu dalam satu ceramah di Bukit Mertajam.

"Dr Mahathir berkata perpecahan masyarakat Melayu di negara ini menjadi semakin ketara apabila Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menubuhkan PKR untuk membolehkan angan-angannya untuk menjadi Perdana Menteri tercapai." - Sinar Harian, 4 Mei 2013

Namun setelah bersama-sama Pakatan Harapan, PKR yang juga pernah dikatakan sebagai pemecah-belah Melayu tidak dinyatakan. Tampak jelas artikel terikini yang ditulis Chedet itu sebenarnya bukan memfokuskan tentang penyatuan Melayu malah lebih kepada lontaran rasa kekecewaan terhadap PAS kerana tidak turut bersama-sama Pakatan Harapan dalam PRU akan datang.

Pernah satu ketika dahulu Chedet dilabel sebagai punca pemecah belah orang Melayu disebabkan tindakan beliau memecat DS Anwar, ramai percaya tahun 1998 menjadi titik perpecahan Melayu yang ketara. Sebelum tahun 1998, PAS bukanlah menjadi faktor menang kalah UMNO dalam pilihanraya, impak PAS dalam sumbangan undi Melayu kepada UMNO adalah sangat kurang. Walau bagaimanapun, semuanya berubah selepas tahun 1998 sehingga memaksa proses persempadanan dilakukan dek bimbang momentum 'tsunami Melayu' yang berlaku pada ketika itu.

Pada PRU-10(1999) undi popular terhadap parti UMNO (tidak ambil kira keseluruhan komponen BN) berada pada tahap 32% berbanding 40% semasa pilihanraya sebelumnya (1995). Walau bagaimanapun, selepas Chedet letak jawatan (31 Oct 2003) lebih kurang 6 bulan sebelum PRU-11 (21 Mac 2004) dijalankan, sokongan rakyat khususnya orang Melayu terhadap UMNO kembali meningkat pada tahap 39% .

Semasa di bawah pentadbiran Pak Lah, berlaku lagi perpecahan dalaman UMNO bila Chedet umum keluar parti dan mengajak yang lain keluar sama-sama beliau bagi mendesak supaya Pak Lah letak jawatan. Pengaruh Chedet sebagai bekas Perdana Menteri yang berkhidmat selama 22 tahun tak dinafikan kuat dikalangan orang-orang Melayu dan disebabkan itu telah berlaku 'pola penghijrahan' dan boikot terhadap UMNO. Hasilnya , undi popular terhadap UMNO kembali merosot pada 33% semasa PRU-12 (2008) dan seterusnya adalah apa yang kita lihat pada hari ini.

Jadi apabila Chedet menulis PAS sebagai punca perpecahan perpaduan Melayu , Chedet juga seharusnya melihat kembali tindakan-tindakan yang pernah dilakukan beliau dahulu sehingga Melayu berpecah seperti yang kita lihat pada hari ini. Walaupun di bawah payung Pakatan Harapan sendiri kita boleh tengok terdapat 3 komponen parti yang mempunyai dominan ahli parti yang berbangsa Melayu . Jadi kenapa perlu melihat jauh 'perpecahan' Melayu di luar ruang lingkungan?

0 comments:

Bagaimana Agihan Kerusi Parlimen PRU-14 untuk Pakatan Harapan ?

11:16 PM Unknown 0 Comments


JUMLAH KERUSI PARLIMEN BERDASARKAN PARTI PRU-13

Jumlah kerusi parlimen DAP - 51
Jumlah kerusi parlimen PKR - 99
Jumlah kerusi parlimen PAS - 73
Jumlah kerusi parlimen UMNO - 120

JANGKAAN JUMLAH BAGI PRU-14 

Jumlah kerusi parlimen DAP - 38 kerusi menang PRU-13 mungkin dipertahan dan baki 13 kerusi untuk pertimbangan pembahagian , pada PRU-13 DAP bertanding di 2 kerusi UMNO dan menang 1.

Jumlah kerusi parlimen PKR - 30 kerusi menang PRU-13 mungkin dipertahan dan baki 69 kerusi untuk pertimbangan pembahagian , pada PRU-13 PKR bertanding di 57 kerusi UMNO dan menang 13

Jumlah kerusi parlimen PAN - 21 kerusi menang PRU-13 oleh PAS mungkin akan dicabar PAN dan baki 52 kerusi PAS semasa PRU-13 untuk pertimbangan pembahagian

Jumlah kerusi parlimen PPBM - ? mungkin bertanding di 73 kerusi UMNO menang di Semenanjung (-15 di Sabah)

Jumlah kerusi WARISAN - ? mungkin bertanding di semua 25 kerusi parlimen Sabah

Jumlah kerusi parlimen PAS - 73 dan mungkin lebih di kawasan ramai penduduk Melayu , pada PRU-13 PAS bertanding di 62 kerusi UMNO dan menang 18

Jumlah kerusi parlimen UMNO - 120

HIPOTESIS :

Parti yang menang semasa PRU-13 akan mempertahankan kerusi parlimen yang dimenangi.

PAS akan mempertahankan semua kerusi parlimen tradisi

PAS mungkin akan mempertimbangkan bertanding di kawasan penduduk Melayu yang ramai

PAN akan bertanding di kubu kuat PAS

WARISAN akan bertanding di semua kerusi parlimen di Sabah

PPBM akan bertanding di semua kawasan UMNO menang kecuali di Sabah

ULASAN :

Kemungkinan berlaku pertandingan 3 penjuru antara UMNO, PAS dan PAN di 18 kerusi parlimen

Kemungkinan berlaku pertandingan 3 penjuru antara UMNO, PAS dan PPBM di 42 kerusi parlimen (-2 di Sabah)

Kemungkinan berlaku pertandingan 2 penjuru antara UMNO, PPBM di 31 kerusi parlimen jika tiada campur tangan PAS atau PKR (-13 di Sabah)

Kemungkinan berlaku pertandingan 3 penjuru antara BN, WARISAN dan HARAPAN (PKR=19, DAP=4) di 23 parlimen di Sabah .

Berdasarkan senario di atas, kemungkinan PPBM menyasarkan 73 kerusi parlimen.

PAN mungkin menyasarkan 18 kerusi parlimen dan tambahan beberapa kerusi dari PKR bahagian Semenanjung yang tewas semasa PRU-13

Sekiranya PAS, bertindak untuk bertanding di parlimen ramai pengundi Melayu (lebih kurang 50% ke atas), maka kemungkinan berlaku pertandingan 3 penjuru di 120 parlimen

0 comments:

Isu Kelayakan BR1M

11:19 PM Unknown 0 Comments

Kalau kita rajin memerhati, orang Melayu ni cukup sensitif dengan perkara yang melibatkan agama, bangsa, harta/tanah pusaka dan hal yang melibatkan duit. Nak 'deal' dengan perkara-perkara di atas ni memang kena cukup hati-hati.

Perihal terkini pasal BRIM berkaitan hal duit. Orang naik marah sebab depa tak terima BRIM sedangkan depa layak, yang naik marah ni bukan saja yang menyokong pembangkang, yang dok sokong UMNO pun hangin satu badan . Ni belum cerita pasal yang atas pagar lagi dan kita tau yang dok terima BR1M ni majoriti-nya orang Melayu,

Bila kita nak mengurus isu-isu berkaitan ni, perkara pertama yang perlu ada dalam diri ialah punya sifat empati pada mereka yang terjejas. Letakkan diri kita dalam keadaan mereka. Tak wajar rasanya terus menyalahkan mereka sebab tak buat itu dan ini, bila dah dikecam macam ni seolah-olah tambah lagi luka di dada, sudah lah tak dapat BR1M , kena perli pulak tak buat itu ini.

Sokongan Melayu sekarang terpecah-pecah dek dengan kepelbagaian parti politik di Malaysia ni, berterusan bersikap sinikal bukan lah kaedah terbaik untuk tarik sokongan yang makin menjauh tu malah mungkin menjarakkan lagi. Tak dinafikan ada masalah dari pihak pemohon sendiri dari segi dokumentasi, mungkin hal seperti ini patut ditekankan sejak awal-awal lagi, dan berulang-kali sebab komuniti kita ni memang jenis perlu diingatkan selalu. Apa pun benda dah jadi ... dan eloklah dijadikan pengajaran untuk semua.

0 comments:

Naik Turun Harga Barang

11:22 PM Unknown 0 Comments

Sebahagian dari laporan analisa yang dalam menjustifikasi faktor-faktor turun naik harga barang berasaskan data-data adalah seperti berikut ;

"..dengan mengambilkira pendapat umum mengenai punca kenaikan harga barangan, faktor garis masa (timeline factor) yang diambilkira bagi tujuan korelasi ialah trend harga sebelum dan selepas perlaksanaan GST, tarikh perayaan-perayaan utama, taburan hujan, dan perubahan harga petrol.."

"..Corak perubahan harga yang sama dan berulang bagi sesuatu faktor itu adalah indikator yang membuktikan kesan langsung perubahan harga berkait rapat dengan salah satu ‘event’ di atas.."

"..Kaedah ini secara langsung boleh mengesahkan samada dasar-dasar yang dilaksanakan kerajaan benar-benar memberi impak kepada perubahan harga barangan.."

"..Selain itu, perubahan mendadak harga barangan tertentu juga boleh berlaku ketika krisis seperti banjir atau wabak. Korelasi dilakukan melalui arkib simpanan berita-berita utama yang berkaitan. Misalnya ketika wabak ‘selsema burung’ berlaku, permintaan terhadap daging ayam sangat rendah menyebabkan harga jatuh teruk manakala permintaan terhadap ikan dan daging pula meningkat menyebabkan harga melambung naik."

Selain itu, maklumat harga barangan dari peringkat pengeluar dan pemborong juga amat penting dalam menjustifikasi-kan soal harga. peratus kenaikan di peringkat borong, dan runcit boleh dikenalpasti samada ia berlaku di tempat-tempat tertentu sahaja atau ia berlaku di semua tempat.

0 comments:

Cara Menstrategi Dengan Berkesan

11:26 PM Unknown 0 Comments

Penstrategian yang berkesan dalam mana-mana bidang pun perlu menggunakan kombinasi 3 perkara ini :

1. Sumber tenaga pekerja yang betul (meliputi pemikir, petugas di lapangan, tukang canang cerita, tukang jadi bahan cerita ,dll)

2. Metodologi atau kaedah yang betul (meliputi gerak kerja, operasi, sebaran, kordinasi, dll)

3. 'Tools' yang betul (meliputi data, platform,ruang-kerja dll)

Kombinasi ketiga-tiga perkara di atas mampu menghasilkan satu 'result' yang superb , malangnya kita tahu ramai yang gemar bekerja dalam 'silo' masing2 dan akhirnya hasil akan jadi caca merba.

Hari ini ramai yang ada no.3 sebab no.3 boleh buat duit, tapi tak ada no.1 dan no.2 . Akhirnya hasil yang keluar tak seperti yang diharapkan. 3 perkara ini bukan terhad dalam politk saja, malah dalam semua 'environment' yang melibatkan persaingan.

Kalau 3 perkara di atas ni betul dan dapat diintegrasikan dengan baik, kerja-kerja selepas itu akan jadi lebih mudah. Itu adalah 'fundamental' untuk penstrategian. Harus diingat ramai yang akan mengaku mereka boleh buat itu dan ini, dan tak kurang juga ada yang akan 'claim credit' hasil kerja pihak lain.

Namun sejarah dah membuktikan yang banyak bercakap mengaku boleh buat itu dan ini dan tukang 'claim credit' hasil kerja orang itu yang menyebabkan sesebuah organisasi itu terlungkup. Pada peringkat ini, kebijaksanaan pihak yang buat penilaian akan teruji.

0 comments:

'Engagement' Parti Politik & Ahli

11:33 PM Unknown 0 Comments

Semenjak menyertai Parti UMNO lebih kurang 3 tahun lalu, saya tertanya-tanya bagaimana saya boleh membantu untuk menguatkan parti yang kini dikatakan semakin kurang popular di kalangan rakyat ?

Saya juga tertanya-tanya samada saya masih lagi ahli parti UMNO kerana sehingga saat kritikal ini tiada usaha dibuat untuk 'engagement' dengan ahli-ahli parti seluruh negara. Adakah pemutihan telah di lakukan ? Mungkin data menunjukkan UMNO mempunyai sejumlah kira-kira 3 juta ahli dan daripada jumlah itu berapa yang masih hidup, berapa yang telah menyertai parti lain dan berapa yang tak tahu mereka ni telah didaftar sebagai ahli UMNO ?

Jadi pendapat saya , sebelum turun ke medan perang, perkara pertama yang perlu dibuat ialah menilai sendiri kekuatan kita. Adakan 'engagement' dengan ahli-ahli parti sehingga di peringkat cawangan . Gunakan teknologi percuma yang ada pada hari ini untuk 'engagement' . Wujudkan perasaan kepada ahli bahawa mereka adalah sebahagian dari UMNO (sense of belonging to UMNO) dan bukan hanya gunakan mereka dalam masa-masa tertentu sahaja.

Saya masih ingat di zaman kanak-kanak dulu, walaupun tanpa teknologi yang mantap, 'engagement' antara ahli UMNO cukup kuat . Tak perlu cerita politik 24 hours , 'engagement' yang dibuat hanya dengan melibatkan ahli-ahli dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan setempat, gotong royong dan sebagainya. Semuanya bertumpu kepada masalah setempat dan aktiviti-aktiviti kependudukan. Harapnya dah ada usaha dari atas untuk buat 'engagement' dengan ahli-ahli UMNO di seluruh negara .

0 comments: