'Engagement' Parti Politik & Ahli

11:33 PM Unknown 0 Comments

Semenjak menyertai Parti UMNO lebih kurang 3 tahun lalu, saya tertanya-tanya bagaimana saya boleh membantu untuk menguatkan parti yang kini dikatakan semakin kurang popular di kalangan rakyat ?

Saya juga tertanya-tanya samada saya masih lagi ahli parti UMNO kerana sehingga saat kritikal ini tiada usaha dibuat untuk 'engagement' dengan ahli-ahli parti seluruh negara. Adakah pemutihan telah di lakukan ? Mungkin data menunjukkan UMNO mempunyai sejumlah kira-kira 3 juta ahli dan daripada jumlah itu berapa yang masih hidup, berapa yang telah menyertai parti lain dan berapa yang tak tahu mereka ni telah didaftar sebagai ahli UMNO ?

Jadi pendapat saya , sebelum turun ke medan perang, perkara pertama yang perlu dibuat ialah menilai sendiri kekuatan kita. Adakan 'engagement' dengan ahli-ahli parti sehingga di peringkat cawangan . Gunakan teknologi percuma yang ada pada hari ini untuk 'engagement' . Wujudkan perasaan kepada ahli bahawa mereka adalah sebahagian dari UMNO (sense of belonging to UMNO) dan bukan hanya gunakan mereka dalam masa-masa tertentu sahaja.

Saya masih ingat di zaman kanak-kanak dulu, walaupun tanpa teknologi yang mantap, 'engagement' antara ahli UMNO cukup kuat . Tak perlu cerita politik 24 hours , 'engagement' yang dibuat hanya dengan melibatkan ahli-ahli dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan setempat, gotong royong dan sebagainya. Semuanya bertumpu kepada masalah setempat dan aktiviti-aktiviti kependudukan. Harapnya dah ada usaha dari atas untuk buat 'engagement' dengan ahli-ahli UMNO di seluruh negara .

0 comments: