Cukai Pelancongan : Isu & Masalah Itu Sebenarnya Peluang

11:47 PM Unknown 0 Comments

Cukai pelancongan yang akan dikuatkuasakan pada 1 Ogos 2017, akan menjadikan harga bilik di hotel-hotel yang berdaftar akan meningkat sehingga RM20 semalam atau lebih kurang USD4.70 . Sebenarnya bagi individu yang berkemampuan untuk melancong hal "cukai pelancongan" ini bukanlah satu isu besar terutamanya bagi pelancong-pelancong dari luar negara. 

Harga bilik hotel di Malaysia adalah antara yang terendah berbanding negara-negara lain. Bagi yang biasa melancong ke luar negara tentu tak dapat menafikan perkara ini. Malaysia bukanlah negara yang pertama melaksanakan "cukai pelancongan' , terdapat lebih kurang 13 negara yang melaksanakan cukai pelancongan sebelum ini, kebanyakkannya negara-negara Eropah.

Melihat dari sudut lain, cukai pelancongan ini sebenarnya dapat membantu kerajaan memantau pergerakan pelancong-pelancong asing yang datang ke negara ini. Data yang dikutip dari hotel-hotel yang berdaftar ini dapat memberi 'insight' kepada hal-hal berkaitan, terutamanya dalam memantau kegiatan pengganas yang datang ke negara ini sebagai 'pelancong'.

Terdapat rungutan-rungutan di media sosial kononnya cukai pelancongan ini akhirnya akan menyusahkan rakyat kerana ia turut dikenakan pada rakyat tempatan. Siapa rakyat tempatan yang biasa dan kerap menggunakan hotel-hotel dan melancong ke sana sini ? Adakah mereka ini dalam golongan marhein dan mengalami desakan hidup ?

Seharusnya pelaksanaan cukai pelancongan ini diambil dari sudut positif. Malaysia  dipenuhi dengan tempat-tempat menarik dan ideal untuk pelancongan. Kenaan sedikit cukai pelancongan ini tidak akan menjejaskan industri pelancongan negara tambahan pula dengan keadaan tukaran matawang USD berbanding RM yang tinggi . 


Tidak mustahil dengan kewujudan cukai pelancongan ini, akan muncul lebih banyak peluang-peluang perniagaan dan pekerjaan untuk rakyat tempatan. Teringat kata-kata seorang rakan dahulu, bila ada masalah atau isu .. pasti ada peluang yang terbentang luas bagi yang bijak. 

0 comments: