Kunjungan Rombongan PM ke MRT Sg. Buloh-Kajang Jadi Modal 'Spin' Malaysiakini

7:21 PM Unknown 0 Comments

Sebenarnya zaman buat fitnah secara berleluasa dalam portal/blog/facebook dan media-media sosial yang lain dah berlalu. Dengan macam-macam peraturan dan undang-undang yang diperkenalkan, pengguna media sosial sepatutnya lebih berhati-hati untuk melepaskan 'content' mereka dalam alam maya. Namun di sebalik pemantauan yang dilihat makin tegas hari ini, masih ada lagi puak-puak yang seronok menimbulkan persepsi untuk mejatuhkan kredbiliti seseorang atau musuh mereka menggunakan media sosial. Kadang-kala persepsi yang dimainkan diadun pula dengan fitnah melalui komentar-komentar pembaca.

Contohnya kelmarin apabila PM, isteri dan rombongan mencuba rangkaian MRT baru menghubungkan laluan antara Sg. Buloh dan Kajang yang akan dibuka 17 Julai nanti. Portal sensasi Malaysiakini pada mulanya menyiarkan satu artikel yang mana tajuknya seolah dilihat menghasut sebelum diubahsuai kembali setelah mendapat kritikan barangkali. Artikel berkenaan menggunakan sumber dari komentar Facebook menyatakan kononnya salah seorang penumpang di arah ke bahagian belakang 'feeder' bas MRT untuk membolehkan PM dan rombongan beliau berada di tempat yang dikhaskan untuk mereka.

"Melalui Facebook seorang peguam, Andrew Khoo, mendakwa dia berada dalam 'feeder; bas MRT apabila diarahkan ke bahagian lain untuk memberi ruang kepada perdana menteri dan rombongannya menyertai perjalanan berkenaan." - Malaysiakini, 12 Julai 2017

Artikel Malaysiakini itu kemudiannya mendapat respon dari seorang netizen (William Cheah) yang bersama-sama dengan rombongan PM. Beliau yang berada di sana bersama isteri turut memuatkan beberapa gambar sebagai bukti. Menurut William, bas berkenaan adalah bas yang sememangnya dikhaskan kepada PM dan rombongan bagi tujuan lawatan itu dan setiap dari tempat duduk dalam bas juga telah diletakkan nama ahli rombongan. Menurut William, walaupun beliau berada di tempat duduk belakang , PM bergaul dengan semua yang berada di dalam bas berkenaan. Dalam status yang dimuatnaik dalam FB beliau, William turut menyatakan bahawa laluan MRT itu belum lagi pun dibuka kepada orang awam sehingga 17 Julai nanti dan yang hadir pun adalah yang dijemput sahaja.

Jadi berdasarkan apa yang diperkatakan William, jelas penulis artikel berkenaan berniat jahat apabila cuba menjadikan kunjungan PM yang positif itu kepada sesuatu yang negatif. Mungkin juga editor Malaysiakini perlu berhubung sendiri dengan 'Andrew Khoo' yang dimaksudkan berkenaan bagaimana beliau boleh berada bersama-sama dengan rombongan PM semasa lawatan itu sedangkan hanya mereka yang dijemput sahaja yang patut berada di sana ?

0 comments: