Cukai Pelancongan : Isu & Masalah Itu Sebenarnya Peluang

11:47 PM Unknown 0 Comments

Cukai pelancongan yang akan dikuatkuasakan pada 1 Ogos 2017, akan menjadikan harga bilik di hotel-hotel yang berdaftar akan meningkat sehingga RM20 semalam atau lebih kurang USD4.70 . Sebenarnya bagi individu yang berkemampuan untuk melancong hal "cukai pelancongan" ini bukanlah satu isu besar terutamanya bagi pelancong-pelancong dari luar negara. 

Harga bilik hotel di Malaysia adalah antara yang terendah berbanding negara-negara lain. Bagi yang biasa melancong ke luar negara tentu tak dapat menafikan perkara ini. Malaysia bukanlah negara yang pertama melaksanakan "cukai pelancongan' , terdapat lebih kurang 13 negara yang melaksanakan cukai pelancongan sebelum ini, kebanyakkannya negara-negara Eropah.

Melihat dari sudut lain, cukai pelancongan ini sebenarnya dapat membantu kerajaan memantau pergerakan pelancong-pelancong asing yang datang ke negara ini. Data yang dikutip dari hotel-hotel yang berdaftar ini dapat memberi 'insight' kepada hal-hal berkaitan, terutamanya dalam memantau kegiatan pengganas yang datang ke negara ini sebagai 'pelancong'.

Terdapat rungutan-rungutan di media sosial kononnya cukai pelancongan ini akhirnya akan menyusahkan rakyat kerana ia turut dikenakan pada rakyat tempatan. Siapa rakyat tempatan yang biasa dan kerap menggunakan hotel-hotel dan melancong ke sana sini ? Adakah mereka ini dalam golongan marhein dan mengalami desakan hidup ?

Seharusnya pelaksanaan cukai pelancongan ini diambil dari sudut positif. Malaysia  dipenuhi dengan tempat-tempat menarik dan ideal untuk pelancongan. Kenaan sedikit cukai pelancongan ini tidak akan menjejaskan industri pelancongan negara tambahan pula dengan keadaan tukaran matawang USD berbanding RM yang tinggi . 


Tidak mustahil dengan kewujudan cukai pelancongan ini, akan muncul lebih banyak peluang-peluang perniagaan dan pekerjaan untuk rakyat tempatan. Teringat kata-kata seorang rakan dahulu, bila ada masalah atau isu .. pasti ada peluang yang terbentang luas bagi yang bijak. 

0 comments:

Presiden PPBM minta 'jaga kerahsiaan' setelah hal calon PM ditimbulkan Mahathir

6:11 PM Unknown 0 Comments

Presiden Parti Pribumi semalam dalam satu kenyataan media berkata soal lantikan Perdana Menteri Pakatan Harapan lebih baik jika dibincangkan secara tertutup. Tajuk artikel Malaysiakini cukup menarik perhatian 'Jangan bocorkan rahsia kita'.

Pelik bila presiden Parti Pribumi itu membuat kenyataan sedemikian, isu mengenai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan hanya menjadi panas selepas mantan PM Tun Mahathir membuka mulut mengenai kesudian beliau untuk menerima jawatan Perdana Menteri sekiranya dipilih.

Kenyataan Mahathir itu mendapat respon pantas yang sinikal dari Anwar yang jelas sekali tidak menyetujui hasrat mantan Perdana Menteri itu. Anwar berkata hak menjadi Perdana Menteri bukanlah hak Mahathir tetapi hak untuk Harapan apabila beliau ditanya pemberita semasa berada di kompleks mahkamah syariah.

Berbalik semua kepada kenyataan yang dibuat oleh Muhyiddin mengenai kerahsiaan memilih calon Perdana Menteri Pakatan Harapan, bukankah isu itu sebenarnya ditimbulkan sendiri oleh orang nombor 1 dalam Harapan iaitu Mahathir?

Kenyataan yang dibuat Muhyiddin itu seolah-olah nak menunjukkan PPBM bukan menjadi punca isu itu ditimbulkan. Entah apa yang difikirkan komponen-komponen lain Pakatan Harapan dengan 'drama' yang cuba dimainkan Presiden PPBM ini.

0 comments:

Status Tanah Negeri Pulau Pinang, Lim Guan Eng Hipokrit !

6:16 PM Unknown 0 Comments

Hal berkaitan tanah di Pulau Pinang tak pernah sunyi , terutama di sebelah pulau . Maklumlah nilai hartanah di negeri itu cukup tinggi . Bila diimbas semula 10 tahun kebelakangan ini, banyak projek-projek pembangunan perumahan dibuat di Pulau Pinang . Banyak perkampungan-perkampungan kecil diratakan untuk tujuan itu. Samada pampasan diberikan atau tidak kepada penduduk kampung-kampung, itu cerita lain pula .

Tak cukup dengan tanah-tanah kampung,keghairahan membangunkan projek-projek perumahan mewah di Pulau Pinang menular hingga ke tanah-tanah bukit. Ramai yang membantah sebab bimbangkan hakisan tanah yang akhirnya punca kepada kejadian tanah runtuh. Kalau datang ke Pulau Pinang, nun jauh dari jambatan Pulau Pinang menuju ke pulau itu , kita dah boleh nampak bahagian-bahagian bukit yang botak ... kawasan yang sepatutnya berwarna hijau bertukar menjadi warna tanah merah.

Cukup menyakitkan mata bila melihat, tambahan pula bagi anak-anak jati negeri Pulau Pinang. Semua yang berlaku di negeri itu hari ini disebabkan orang luar yang bukan dari Pulau Pinang. Ini bukan cerita pasal perkauman, tapi ini cerita pasal hipokrasi Lim Guan Eng itu sendiri.

Bila baca tajuk artikel dari Malaysiakini hari ini iaitu "Jangan mimpi mahu tukar status tanah di Pulau Jerejak", kita boleh tengok betapa hipokritnya Lim Guan Eng kononnya kerajaan negeri berprinsip dan takkan melayan sebarang permintaan pemaju untuk tukar status tanah di Pulau Jerejak bagi tujuan komersil.

Sebaliknya bila kita rujuk semula kes-kes lepas berkaitan pertukaran status tanah di Pulau Pinang, kerajaan negeri malahan pernah meluluskan pembangunan tanah di kawasan cerun bukit walaupun Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengklasifikasikan kawasan berbukit di Pulau Pinang terdedah kepada ancaman tanah runtuh.

Sebenarnya kenyataan Guan Eng mengenai status tanah di Pulau Jerejak hari ini lebih bersifat politikal , cuba kalau tanah di Pulau Jerejak itu bukannya milik Boustead Penang Shipyard , tentu nada Guan Eng berbeza sekali.

0 comments: