Status Tanah Negeri Pulau Pinang, Lim Guan Eng Hipokrit !

6:16 PM Unknown 0 Comments

Hal berkaitan tanah di Pulau Pinang tak pernah sunyi , terutama di sebelah pulau . Maklumlah nilai hartanah di negeri itu cukup tinggi . Bila diimbas semula 10 tahun kebelakangan ini, banyak projek-projek pembangunan perumahan dibuat di Pulau Pinang . Banyak perkampungan-perkampungan kecil diratakan untuk tujuan itu. Samada pampasan diberikan atau tidak kepada penduduk kampung-kampung, itu cerita lain pula .

Tak cukup dengan tanah-tanah kampung,keghairahan membangunkan projek-projek perumahan mewah di Pulau Pinang menular hingga ke tanah-tanah bukit. Ramai yang membantah sebab bimbangkan hakisan tanah yang akhirnya punca kepada kejadian tanah runtuh. Kalau datang ke Pulau Pinang, nun jauh dari jambatan Pulau Pinang menuju ke pulau itu , kita dah boleh nampak bahagian-bahagian bukit yang botak ... kawasan yang sepatutnya berwarna hijau bertukar menjadi warna tanah merah.

Cukup menyakitkan mata bila melihat, tambahan pula bagi anak-anak jati negeri Pulau Pinang. Semua yang berlaku di negeri itu hari ini disebabkan orang luar yang bukan dari Pulau Pinang. Ini bukan cerita pasal perkauman, tapi ini cerita pasal hipokrasi Lim Guan Eng itu sendiri.

Bila baca tajuk artikel dari Malaysiakini hari ini iaitu "Jangan mimpi mahu tukar status tanah di Pulau Jerejak", kita boleh tengok betapa hipokritnya Lim Guan Eng kononnya kerajaan negeri berprinsip dan takkan melayan sebarang permintaan pemaju untuk tukar status tanah di Pulau Jerejak bagi tujuan komersil.

Sebaliknya bila kita rujuk semula kes-kes lepas berkaitan pertukaran status tanah di Pulau Pinang, kerajaan negeri malahan pernah meluluskan pembangunan tanah di kawasan cerun bukit walaupun Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengklasifikasikan kawasan berbukit di Pulau Pinang terdedah kepada ancaman tanah runtuh.

Sebenarnya kenyataan Guan Eng mengenai status tanah di Pulau Jerejak hari ini lebih bersifat politikal , cuba kalau tanah di Pulau Jerejak itu bukannya milik Boustead Penang Shipyard , tentu nada Guan Eng berbeza sekali.

0 comments: