Wajarkah Tarik Biasiswa atau Lucut Jawatan Sekiranya Kritik Kerjaan ?

6:52 PM Unknown 0 Comments

Wajarkah seorang penjawat awam, atau seorang penerima biasiswa dari kerajaan mengkritik pentadbiran kerajaan itu sendiri sekiranya ada perkara-perkara yang tidak disenangi mereka ? Sekadar pandangan peribadi, untuk sesebuah organisasi itu mantap dan cekap dalam pengurusannya, kritikan dan maklum balas adalah sangat penting bagi memperbaiki mutu perkhidmatan organisasi berkenaan. 

Kritikan atau maklum balas diperoleh dari kelompok manusia yang terlibat dalam aturan organisasi berkenaan, samada mereka yang menggerakkan organisasi atau pelanggan kepada organisasi itu sendiri. Walau bagaimanapun, penyaluran kritikan perlulah dilakukan dengan tatacara yang betul tanpa memburukkan organisasi itu secara terbuka terutama mereka yang mendapat manfaat dari organisasi itu, contohnya pekerja atau penerima biasiswa seperti yang dinyatakan tadi. 

Bayangkan seorang pekerja memaki hamun secara terbuka di media sosial tempat beliau bekerja, atau seorang penerima biasiswa melakukan perkara yang serupa terhadap pemberi biasiswa. Tindakan mereka itu sedikit sebanyak memberi kesan pihak yang satu lagi. Setiap tindakan pasti ada tindakbalas, ia tidak terhad kepada kerajaan pusat pimpinan Barisan Nasional sahaja, malah kerajaan Pulau Pinang dan Selangor juga melakukan tindakan yang serupa. 

Oleh yang demikian, peringatan JPA kepada penjawat awam dan penerima biasiswa badan itu supaya tidak mengkritik kerajaan secara terbuka seharusnya tidak menjadi satu isu dan bukanlah satu perkara yang baru. Ia adalah polisi yang diamalkan sejak dahulu lagi termasuklah semasa zaman mantan PM, Tun Mahathir.

Semasa masih menuntut di universiti lebih kurang 20 tahun lepas, ramai dari kalangan rakan-rakan yang menerima biasiswa JPA adalah pengkritik tegar kerajaan. Walau bagaimanapun, mereka faham sekiranya kritikan dibuat secara terbuka seperti menyertai gerakan reformasi yang aktif pada ketika itu, mereka boleh kehilangan biasiswa atau disingkirkan dari universiti . Pada saya, tak salah untuk ada pandangan tersendiri, namun adalah lebih baik bertindak bijak tanpa merisikokan masa depan sendiri.









0 comments: