Benarkah GST Selamatkan Negara dari Terlungkup ?

10:53 PM Unknown 0 Comments

Perdana Menteri, DS Najib Razak dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016 di Kompleks Kementerian Kewangan hari ini (27 April 2017) berkata sekiranya GST tidak dilaksanakan sejak April 2015, ekonomi negara ini mungkin terlungkup dek kejatuhan harga petrol yang mendadak beberapa tahun sebelum ini.

Melihat kepada komen-komen dalam media sosial, ramai yang tidak bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Perdana Menteri dengan membandingkan tanpa perlaksanaan GST semasa zaman pemerintahan Tun Mahathir, Malaysia masih boleh hidup mewah dan rakyat tidak sengsara berbanding apa yang berlaku sekarang.

Bila membaca komen-komen, saya terkenang kembali apa yang pernah diperkatakan pemimpin-pemimpin parti pembangkang semasa Tun Mahathr masih berkuasa. Nada yang serupa sekali dimainkan terutama semasa berlaku krisis kewangan asia tahun 1998. Ramai di kalangan generasi muda tidak tahu, pada ketika itu negara berada pada tahap ekonomi yang paling teruk bila banyak syarikat-syarikat yang gulung tikar, ramai yang disytihar bankrap, dibuang kerja dan sebagainya. 

Bagi menyokong dakwaan ini, kita boleh merujuk kepada data dari http://www.indexmundi.com/g/g.aspx?v=69&c=my&l=en ,data menunjukkan peratusan populasi di bawah garis kemiskinan meingkat mendadak pada tahun 1998 sebelum menurun pada tahun-tahun sebelumnya. Tempoh itu juga menunjukkan kadar pengganguran negara berada pada tahap sehingga 4.5% berbanding 3% hingga 3.5% pada tahun-tahun sebelumnya. 

Pembangkang pada ketika itu yang ditunjangi PAS dan DAP bekerjasama dengan serpihan UMNO yang memberontak bila Anwar Ibrahim disingkirkan dari UMNO dan dipenjarakan. Gerakan REFORMASI bermula dengan tujuan menjatuhkan UMNO yang ditunjangi Mahathir. Kalau diimbas kembali, isu-isu yang dimainkan serupa belaka , semuanya mengenai keperitan hidup rakyat, kronisma, salah guna kuasa, isu FOREX, PERWAJA dsb. 

Bezanya dengan apa yang berlaku pada hari ini ialah gerakan REFORMASI di Kuala Lumpur berlarutan beberapa hari (malah di hari-hari bekerja) sehingga memaksa perintah berkurung dikuatkuasakan. Sebagai perbandingan, demonstrasi BERSIH dll yang dibuat semasa zaman Pak Lah dan Najib Razak dilihat lebih kepada sesi santai antara keluarga di hujung minggu. Tiba hari Isnin, semuanya kembali seperti biasa. 

Berbalik kepada ucapan Najib bahawa perlaksanaan GST telah menyelamatkan ekonomi negara akibat kejatuhan harga minyak dunia, ia malahan menyelamatkan negara dari keadaan yang pernah berlaku pada tahun 1998 dahulu. Sebelum GST dilaksanakan, antara hasil pendapatan kerajaan yang utama ialah hasil jualan minyak itu sendiri. 

"Antara sumber terbesar cukai langsung ialah cukai pendapatan syarikat (RM51.3 bilion, cukai pendapatan petroleum (RM33.9 bilion), cukai pendapatan individu (RM23 bilion) dan duti setem (Rm5.6 bilion). Bagi kategori cukai tidak langsung, sumber utama adalah terdiri daripada duti eksais ke atas barangan import dan keluaran tempatan RM12.2 bilion, cukai jualan (RM9.5 bilion) dan cukai perkhidmatan (RM6.5 bilion) meliputi 79% daripada kategori cukai tersebut. Sementara itu, kutipan dividen daripada Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) sebanyak RM26.3 bilion dan royalty petroleum sebanyak RM6,4 bilion merupakan dua sumber terbesar hasil bukan cukai meliputi 58.1% daripada kategori hasil tersebut." 

- Jawapan Menteri Kewangan dalam sesi parlimen (040713-7)

Jawapan di atas adalah dalam sesi parlimen pada Julai 2013 semasa harga petrol lebih kurang USD110 setong.  Apabila harga minyak dunia jatuh teruk pada awal Jan 2016, iaitu sehingga lebih kurang USD29 setong, ia memberi kesan secara langsung kepada hasil pendapatan kerajaan. Jika dibuat perbandingan harga pada Julai 2013 dan Jan 2016, negara kerugian lebih kurang -74% setong bagi hasil petroleum!


Kalau pada 2013 cukai pendapatan petroleum ialah RM33.9 billion ,dengan  mengikut kadar kehilangan -74% setong , hasil pada 2016 lebih kurang RM9 billion sahaja iaitu kehilangan pendapatan kerajaan sehingga lebih kurang RM25 billion ! Jadi perlaksanaan cukai GST pada April 2015 sebenarnya menyelamatkan negara dengan menampung kehilangan pendapatan dari sumber petroleum itu. Jadi kita boleh faham mengapa akhirnya apabila pemimpin Pakatan Harapan (Nurul Izzah) baru-baru ini  sendiri mengakui keperluan GST dilaksanakan sekiranya mereka berjaya mengambil alih Putrajaya.

0 comments: