'Engagement' Wakil Rakyat yang Berkesan

11:30 PM Unknown 0 Comments

1. Wakil rakyat kawasan saya tinggal ada buat 'engagement' secara terus dengan saya melalui jemputan ke ceramah berkaitan kesihatan , tajuknya "Overcoming Depression" melalui email saya.Dalam ceramah itu akan dijemput beberapa ahli panel yang professional berkaitan tajuk ceramah.

2. Bagaimana wakil rakyat kawasan saya dapat email address saya? Ia adalah engagement yang dibuat sebelum ini melalui satu lagi ceramah kesihatan berkaitan pengurusan pskilogi individu juga. Ceramah yang dibuat sebelum ini adalah jemputan yang diwar-warkan melalui laman FB.

3. Jadi apa yang kita boleh pelajari dengan kaedah ini ?

i. Rakyat didekati dengan pendekatan bukan politik
ii. Rakyat akan berasa ADUN mereka mengambil berat dengan permasalahan di sekeliling mereka
iii. 'Engagement' secara terus dengan rakyat penting untuk memenangi hati mereka secara berlapik
iv. Apabila ada 'engagement' berterusan sebegini, rakyat akan faham program-program yang dibuat tidak bersifat retorik semata.

4. Secara peribadi saya menyampah bila orang menyebut kalau nak menang pilihanraya, kena memenangi pemikiran, hati dan jiwa rakyat (mind , heart n soul) , tetapi usaha hanya dibuat diperingkat atasan saja tetapi tersekat di peringkat bawahan.

5. Saya suka memerhati dan membuat penilaian, melihat samada seseorang itu hanya sekadar pandai bercakap dengan pelbagai strateginya tetapi hanyut di peringkat perlaksanaan.

6. Saya tak nak menunding jari pada sesiapa tetapi, sebagai penduduk saya dapat merasakan gerak kerja berkaitan rakyat yang dibuat oleh ADUN di kawasan saya ini dan 'engagement' yang dibuat secara terus dengan penduduk tidak dikaitkan dengan persoalan politik. Sejujurnya saya masih tidak dapat rasa 'sentuhan' membantu permasalahan rakyat yang cuba dibuat oleh parti yang saya sokong selama ini.

7. Itu cerita di tempat saya ... mungkin berbeza di tempat anda.

0 comments: