Rakyat Tak HIdup Susah di Zaman Mahathir ?

10:59 PM Unknown 0 Comments

"Zaman Tun Mahathir jadi Perdana Menteri dulu rakyat tak pernah hidup susah..." itu antara ungkapan-ungkapan popular yang sering diungkapkan di media sosial bila isu berkaitan ekonomi dalam negara dibangkitkan . Tun Mahathir menjadi PM Malaysia sejak 1981 sehingga 2003 . Dalam tempoh itu juga ekonomi negara ada naik dan turunnya , paling ketara semasa awal 80-an dan krisis tahun 98 .

Sekadar merujuk kepada garis masa dan turun naik nilai MYR berbanding USD . Ketika Dec 1981, nilai USD 1 adalah bersamaan dengan MYR 2.25 dan pada penghujung tahun 2003 nilai USD 1 adalah bersamaan dengan MYR 3.80 . Sepanjang tempoh 22 tahun ini, nilai ringgit telah turun sebanyak 69% , walhal rakyat diwar-warkan kononnya tempoh 22 tahun ini lah tempoh paling gemilang dalam sejarah pentadbiran negara. Jesteru, timbul persoalan mengenai kewajaran menggunakan perbandingan nilai tukaran matawang bagi menggambarkan keadaan kehidupan rakyat di negara ini.

Semasa krisis ekonomi awal tahun 80-an, saya masih kecil belum pun masuk darjah 1, samada kehidupan rakyat pada ketika itu susah atau senang saya pun tak pasti, hanya mereka yang dewasa faham keadaan sebenar pada ketika itu. Semasa krisis ekonomi tahun 98, saya masih menuntut di UTM, pada ketika itu nilai matawang negara jatuh dengan teruk , pasaran saham juga merudum mengakibatkan kerugian yang besar kepada kebanyakan pelabur.

Semasa krisis 98 yang turut melanda sebahagian besar Asia Tenggara, ramai peniaga dan usahawan yang gulung tikar, semua perkara ini diceritakan dalam media-media perdana. George Soros digambarkan sebagai punca kepada serangan ekonomi di Asia Tenggara pada ketika itu, dan pada masa yang sama perhatian rakyat terpesong dengan  permasalah ekonomi negara apabila dikejutkan dengan berita pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO.

Disebalik kehidupan rakyat yang terhimpit dengan kejatuhan ekonomi pada ketika itu, saya sebagai seorang pelajar kurang merasakan tempiasnya. Maklumlah pada ketika itu apa sangatlah komitmen yang ada pada seorang mahasiswa selain belajar. Pergi kampus pun naik bas yang disediakan pihak UTM , segala-galanya dah tersedia. Cuma apa yang pasti memang ada keluhan dari rakan-rakan senior mengenai kesukaran mendapatkan pekerjaan . Malah yang bekerja pun terpaksa dibuang disebabkan syarikat mereka bekerja gulung tikar.

Jadi pada saya, mereka yang berumur 40 tahun ke atas mungkin lebih layak bercerita mengenai pengalaman hidup semasa zaman Tun Mahathir memerintah, kerana mereka boleh dianggap golongan yang 'berurusan' dengan kehidupan sebenar pada ketika itu, dengan segala tanggungan, ansuran rumah, kenderaan dan sebagainya . Mereka yang berumur 35 tahun kebawah sekarang semasa tempoh itu mungkin tidak terasa sangat dengan gelombang perubahan ekonomi pada ketika itu dan mungkin pendapat yang diberikan agak 'bias'.

0 comments: