Cara Lama UMNO Peringkat Bahagian/Cawangan Buat Masyarakat Setempat Jelak

2:27 AM Unknown 0 Comments

'Engagement' adalah sangat penting dalam kelangsungan sesebuah organisasi itu . Bagi memastikan sesebuah organisasi itu berjaya, 'engagement' pemimpin organisasi berkenaan dengan ahli-ahli sangat penting. 'Engagement' ini harus dilakukan secara berterusan bagi memastikan setiap individu dalam organisasi berkenaan ada peranan masing-masing . 

Bila ada 'engagement' , maka kita akan dengar lebih banyak pendapat dan tidak hanya syok sendiri di atas. Hakikatnya ramai (bukan semua) yang berlegar disekeliling pihak atasan untuk jadi tukang ampu. Bila berlaku hal seperti ini , masalah2 sebenar di peringkat akar umbi tak kedengaran dan yang memimpin organisasi pula akan merasakan tiada apa2 masalah di peringkat bawahan.

2 tahun lepas, saya secara sengaja mendaftarkan diri sebagai ahli UMNO Bahagian Bukit Bintang untuk memerhati bagaimana 'engagement' dibuat dengan orang-orang muda yang berminat menjadi ahli UMNO . Saya menerima surat mengesahkan mengatakan saya telah menjadi ahli bahagian berkenaan , walau bagaimanapun 'engagement' yang saya nyatakan tadi dilihat kurang berkesan kerana tiada sebaran/ maklumat dari masa ke semasa mengenai gerak kerja bahagian itu. 

Saya tak pasti samada ini berlaku di cawangan lain . Alasan komunikasi tak boleh digunakan lagi pada zaman sekarang kerana kewujudan medium seperti FB, email dan sebagainya memudahkan komunikasi dengan ahli untuk melakukan gerak kerja . Jadi dalam kes saya ini, boleh saya katakan bahawa 'engagement' yang berlaku agak lemah . Ahli dibiarkan terkial-kial dan akhirnya mungkin disambar oleh parti politik yang lain. 

Saya berpendapat UMNO/BN di peringkat pusat mungkin telah sedar hal2 sebegini dan telah memulakan gerak kerja . Malangnya mungkin gerak kerja ini kurang menjadi kerana di peringkat UMNO bahagian pula,ada yang masih mengamalkan cara lama menyebabkan transformasi yang digerakkan di peringkat pusat gagal dikembangkan. Terlalu kuat berpolitik sesama sendiri di peringkat bahagian dan cawangan akhirnya masalah rakyat setempat di abaikan . 

0 comments: